Tuesday, February 11, 2014

Masih awal untukku.Part 1

Ibn Ataillah ,seseorang ahli sufi dan makrifah telah berkata:
"tangisan seorang pendosa lebih Allah sukai daripada tasbih para wali"


"Ya Allah,aku ingin berubah, Ya Allah ,tunjukkanlah aku jalanMu, aku jahil tentang Mu dan agamaMu"rintih Diana dalam doanya.
Tatkala dia membuka telekungnya datang sekumpulan remaja lingkungan umurnya ke dalam masjid tersebut.
"Ouh ,nampaknya Fathiah seorang sahaja tak hadir." kata salah seorang dari remaja tersebut.
 Mereka terus duduk membuat bulatan seperti berada dalam LDK. Diana duduk dihujung pintu sendirian. dia melihat gelagat mahasisiwi tersebut seakan-akan membincangkan sesuatu.Diana mengesat air matanya lantas terdetik dihatinya untuk mencapai Quran di rak yang berada berdekatan dengan sekumpulan ,mahasiswi tersebut. 
"Eh,bukan bulan Ramadhan pun diorang baca Quran".desis hati Dania. 
Salah seorang dari kumpulan tersebut menyedari Diana yang agak lama memerhatikan mereka.
"Awak nak join kami sekali ke" ajak seorang dari mereka. 
Diana hanya melemparkan senyuman dan membuat isyarat tangan menolak.Dia terus mengambil tempat duduknya semula . 
"Bismillahirohmanirrohim"pelan Diana memulakan bacaan basmalahnya.
 Dia membelek-belek mukasurat  Quran tersebut untuk memilih ayat yang ingin di bacanya. 
"Satu pun aku tak paham,Ya Allah hinanya aku,"kata-kata kecil keluar dari mulut Diana. 
Dia terus menangis sambil jari telunjuknya menunjuk huruf-huruf  di mashaf Quran . 



Setelah hampir satu jam sekumpulan mahasiswi tersebut keluar meninggalkan masjid. Diana kini bersendirian sambil mendakap mashaf Quran tersebut. Hampir kering air matanya, dia terus tertidurdan tangannya masih mendakap mashaf. 
"Allahu akbar Allahu akbar" Laungan azan mula berkumandang. Menunjukkan masuknya waktu Zohor.
"Adik,bangun dik, jom kita solat sama-sama, belum iqomat lagi ni"ajak Fathiah,sambil tangannya memegang badan Diana. 
Diana tersedar,kelihatan bengkak pada matanya,Fathiah melihat Diana sepertinya Diana mempunyai masalah. Fathiah cuba membantu Diana untuk bangun dari pembaringannya.Dia melihat seakan-akan tidak bermaya. 
"Adik,kita ambil wudhuk dulu ye." ajak Fathiah lagi.
 Diana merasakan seperti telah lama mengenal Fathiah ,padahal dia tidak pernah mengenali sosok peribadi fathiah tersebut.Selepas mengambil wudhu'.Fathiah bersiap untuk mendirikan solat sunat "qabliah". Diana hanya melihat.Air matanya jatuh lagi. Sedang iqomat dilaungkan,para mahasiswi lain masuk beramai-ramai ke masjid, masing-masing membetulkan saf dan merapatkannya. Diana yang berdiri dihujung bersama Fathiah dengan tiba-tibanya dia merangkul tangan Fathiah. 
"akak, saya tak reti sembahyang" bisik Diana pada Fathiah .
Fathiah hanya tersenyum dan berkata " ikut dulu sayang, lepas ni kita sembang ye dik". Katanya lembut.

"akak sebenarnya ada janji dengan orang,akak tersilap tengok mesej diorang,akak sangka lepas Zohor rupanya pukul 10 pagi tadi". Kata Fathiah,sambil dia mengajak Diana keluar dari masjid.
"nama adik ni siapa?" soal Fathiah.
"Eldiana Ismadi" jawab Diana ringkas.
"Diana nak belajar solat tak?" tanya Fathiah lagi.
Diana terus menganggukkan  kepalanya. Memang itu yang dia mahukan tetapi dia malu untuk meminta.Fathiah memeluk Diana dan dia mengucapkan Alhamdulillah berulang kali. Lantas dia mengajak Diana duduk di kerusi luar masjid.
"Saya tak pandai solat kak, last saya solat waktu S.P.M dulu, tu pun waktu solat hajat beramai-ramai kat sekolah.Dah tua macam ni baru rasa nak solat",luah Diana pada Fathiah .
"Allah sayang Diana,Allah yang gerakkan hati Diana dan Allah yang telah mengaturkan pertemuan kita"kata Fathiah sambil menunjukkan reaksi yang teramat gembira.

Pada hari itu juga Fathiah mengajar dan membantu Diana untuk mengerjakan solat ,dari takbiratul ihram sehingga ke tahiyyat akhir.Mereka bersembahyang Asar dan Maghrib bersama-sama. 
Tanggungjawab seorang daie, takkan meninggalkan mad'unya sendirian. Fathiah meminta agar mereka dapat berjumpa semula.

----------------------------------------------
"Hold on to your salah,because if you lose that you will lose everything else"
Saidina Umar Al-Khattab

"Diana, pergi mana satu hari sampai malam baru balik,aku nak keluar rumah pun susah terpaksa Zack datang sini" jelas Ika sebaik sahaja Diana melangkah masuk kerumah. 
Ika khuatir Diana mengetahui dia melakukan sesuatu didalam. Ika dan Diana menyewa  bersama, lelaki keluar masuk rumah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Cuma yang tidak biasanya apabila berada dibilik. Diana melihat Zack yang mempamerkan wajah terkejut pabila Diana masuk kerumah. Ketika itu mereka berdua-duaan diatas sofa.
"ko kalau nak buat maksiat pergi cari hotel,rumah ni aku bayar sewa jugak" marah Diana.
"hehehe.. sorry,sorry I tak sengaja Diana,Zack you balik ye" kata Ika,sambil membuka pintu menyuruh teman lelakinya keluar dari rumah mereka.
"ko ok tak ni Diana? putus dengan Rafi ke?" soal Ika sebaik saja dia menutup dan mengunci pintu.
"dah arr.. tak yah sebut lah nama dia, banyak benda lain lagi aku nak fikir, assignment tu Miss Yvonne nak bila?" Diana seperti mengelak menjawab pertanyaan Ika.
Dibilik kecil itu,Diana membentangkan sejadah,dia berdiri memakai telekung untuk mengerjakan solat Isya'. Baru Diana nak memulakan takbirnya dia di tegur oleh Ika,
"kalau nak bertaubat pun,kiblatnya kena betulkan dulu,jauh sangat ko pergi tu, macam pukul 11 nak ke 12. ko tu dah pukul 3 ko buat 120 degree tu." jelas Ika. Diana terus membetulkan kiblat solatnya itu.
"ko camne? tak nak sembahyang ke?" soal Diana .
"ha..hurmm nanti lah sebelum tidur aku sembahyanglah ," jawab Ika tersengih kerana malu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here