Saturday, January 9, 2016

Bumi Zuhud itu.

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah, hampir setahun sudah menamatkan pengajian di bumi barokah Urdun. Berbulan juga memujuk hati yang merindui bumi Syam itu. Simpan niat moga suatu hari dapat ku jejak lagi bumi bertuah itu.

Thumma alhamdulillah pengalaman paling di nanti, menjejaki bumi zuhud.

Merancang dengan kewangan yang "cukup tak cukup".Hanya berbekalkan yakin pada Tuhan. Aku bersama dua sahabat fillah musafir di bumi asing.

Dari Urdun,kami bermalam di Queen Alia Airport, (pergi awal risau jalan tutup akibat salji).
Pengalaman pertama tidur di 'airport'. Berbantalkan Iman,bertilamkan sabar. Alhamdulillah. Walaupun dok bergaduh juga dengan makcik2 kat sana.
2015 Jordan 
Langkah musafir diteruskan, singgah sebentar di Saudi, hajat nak buat Umrah jika 'flight delay'.Tapi Allah susun lebih cantik . Allah memudahkan perjalanan kami terus sampai ke bumi Zuhud. 
Alhamdulillah a'la kulli nikmah.


Dari Urdun,berpakaian hampir 4 ke 5 lapis, dengan kot tebal , bersuhukan -2celcius ke negara asing yang suhunya 54 darjah celcius. Huh. A'jib.
Sampai juga aku di bumi Zuhud ini. 
Selepas puas menangis di terminal airport. Naik Hilux pula.  :)


Panas. MashaAllah memang panas. Masyarakatnya berkulit hitam,namun hati seputih susu. 

-----> InsyaAllah will be continue

Sunday, February 8, 2015

Langkah sang karkun

بسم الله الرحمان الرحيم


Langkah karkun tunduk di bumi Tuhan,
Langkahnya tertib tersusun membawa firman,
Tak lelah kerana baiknya tujuan,
Tak silau meredah terik sinaran.
Mendengar kalam buzruq membangkitkan iman,
Bertambah jazbah menjadi suluhan.

Tawadhuk, zuhud, tak harap balasan,
Dari maqomi ke negeri besaran,(Bairumi)
JIwa dan hati bersama perjalanan,
Menuju Tuhan membawa harapan,

Mengajak umat kepada Tuhan,
Asal tasykil membuah lumayan,
Asal takazah mencapai bayan.

 Karkun berjaulah membawa firman,
I'tikaf sementara menambah amalan,
,Sedang dunia bangga memberi hukuman,
takfir mentakfir sesama insan,
Karkun bergerak menyebar firman.



Monday, January 19, 2015

Musafir disini.

بسم اللّه الرحمان الرحيم

Musafir di bumi barokah kini kian berakhir.
Hanya menghitung hari sebelum meninggalkan seribu satu cinta di sini.
Bumi tarbiyah,
disini makin aku mengenal erti cinta.
makin aku mendalami perasaan cinta yang sebenar. 
Makin aku sedar tujuan aku mengenal cinta.
Detik yang berlalu, susah senang,sedih,ketawa,marah,gembira,semua aku peroleh di sini.
Aku akan meninggalkanmya suatu hari. 
Moga tersimpan jejak ku disini.
Bersama para sahabat Rasullah yang hampir.
Bau syahidnya sentiasa segar tatkala aku memerlukan hammasah.
Rindu saat dimana aku menghabiskan masa bersendirian beruzlah duduk di samping sahabat. 
Moga setiap jejak ku disini bercampur dengan debu tinggalan mereka
Moga aku juga menemui syahid seperti mereka.
Sungguh, Urdun kau bumi tarbiyah.
Ibrah tak terkata banyaknya.
Feel manusia tak terserik aku hadapi.
Kenali mereka menambah yakin ku.
Ying yang.
 Yang baik tak ma'sum seperti nabi. 
Yang jahat tak sejahat seperti dajjal.
Lumrah lagi aku mengenal.
dan aku masih menghitung nikmat tuhan yang tak terhitungnya pada ku.
Musafir seterusnya ke bumi zuhud.
Ibrah,hikmah,fawaid. Moga aku sentiasa sedarinya.
Next station ---->[   ].
InsyaAllah.



Tuesday, September 16, 2014

Masih awal untuk ku part 4

Keluarga yang pertama, Cinta Allah yang utama.


  Cuti semester telah bermula. Diana bersemangat untuk pulang kerumah menemui keluarganya. Sudah sekelian lama dia tidak pulang walaupun tempat pengajiannya dekat dengan rumahnya. Konflik kecil dengan keluarganya dulu ingin dia lupakan. Masakan sang anak merajuk dengan ibunnya yang telah mengandungkannya 9 bulan dan melahirkannya itu. Sama sekali tidak berhak.

Kali pertama dia pulang kepangkuan keluarganya selepas memperolehi cinta.

"Bismillah, "Diana berdiri didepan pagar rumahnya. "Assalamualaikum" Diana memberi salam.
Tangannya menolak perlahan pagar yang tidak berkunci itu. Dia terlihat susuk tubuh lelaki sedang tidur di kerusi malas ditepi rumahnya.

"Atuk" sapa Diana perlahan. Dia tidak mahu mengganggu atuknya tidur.
"Diana, kenapa tak bagi tahu atuk yang kamu nak balik, boleh atuk ambil kamu dekat rumah sewa tu" jelas Atuk Diana selepas terdengar sapaan cucunya itu.

"jom masuk rumah dulu jom, mama kamu tak balik malam ni, semalam dia 'out-station' . " jelas Atuk Diana sambil mengangkat beg cucunya itu.

"Ya Allah balik dah cucu aku ni, lama nenek tak jumpa." kata nenek Diana sejurus melihat Diana.
"tengok tu tok, nenek over ,macam Diana tak pernah balik sebelum ni" jelas Diana bergurau.

Diana membawa barangnya ke biliknya. Matanya melilau-lilau seperti mencari sesuatu.
"Kim Jae Woon, walaupun kau 'hensem' aku perlu buang kau dari hidup ku. " desis hatinya sewaktu melihat biliknya penuh dengan poster artis k-pop.
tanpa dia sedari air matanya mengalir, melihat dirinya yang dulu.Seakan-akan dia mahu menjerit sekuat hatinya kerana malu dengan dirinya yang dulu. Dia melihat rak bukunya, penuh dengan majalah hiburan.
"aku perlu buang semua ni." tekadnya.

"Ni je lah yang nenek sempat masak, kalau kamu bagitahu awal-awal tadi boleh atuk kami pergi 'Giant' beli sayur" jelas nenek Diana sambil menghidangkan lauk-pauk.
"minta maaf nek, tadi Diana tertidur kat bilik." jelas Diana. "tak dapat nak tunjuk kat nenek 'skill' masak Diana" sambungnya lagi.

"Danial kat rumah abah ke nek? "tanya Diana.
"Dia gaduh lagi dengan abah kamu, dia balik sini, tapi tak tahu mana hilangnya entah, motornya sekali lesap, haritu kena tahan dah tak serik-serik bawa motor tanpa lesen, abah kamu banyak duit nak bayar saman dia kan, tegur karang melenting." jelas neneknya.

"Danish?" soal Diana lagi. Dia ingin mengetahui perihal adik dan abangnya. Adik perempuannya tinggal bersama ayahnya.
"Petang ni dia baliklah, sibuk dengan kerja dia kat luar tu. Adik kamu Dania baru semalam datang dengan abah, lawat mama kamu sebelum mama pergi kerja kat luar, ada dia tunjuk video pementasan teater kamu haritu." balas neneknya lagi.
"Tun Fatimah,pandai cucu atuk berlakon, macam 'real' pula atuk tengok" usik atuknya.

"esok kita pergi berkelah nak tak? lepas mama balik?'' pinta Diana.
------------------------------------------------------

"I'm sorry,." pujuk mama Diana setibanya dia ke taman tasik.
"dah biasa dah tunggu mama macamni" balas Danish.
Diana mencubit abangnya itu.
 "lets start from here" desis hati Diana.
----------------------------

Tersimpan hasrat kecil di hati Diana, dia mengharapkan ibunya itu menutup aurat, melengkapkan pakaian sebagai seorang muslimah. Namun berat lidahnya untuk mengutarakannya,khuatir akan melukakan hati ibunya itu. Doa dan tunjukkan dari dirinya, itu sahaja yang dia mampu setakat ini.

Dakwah, kepada keluarga sendiri yang paling mencabar.
Ibu mengertilah

Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya



Friday, September 5, 2014

Selendang untuknya.

بسم الله الرحمان الرحيم 



 Setiap kisah ada asalnya, setiap sejarah ada iktibarnya,kisah selendang tiada di cerita,hanya hati memendam rahsia.

Suatu peristiwa menyebabkan mula, asal bantuan ikhlas untuknya, dari sisi sahabat yang bertanya, tuan empunya malu bermuka.

Di pilih cantik sesuai seri, untuk di beri pada yang sudi,membina cinta agenda tersembunyi,diberi selendang ada erti.

Bukan rupa yang dipandangnya, asal cantik tutur bicara. asal tertarik tertib langkahnya.  

Kerana malu kau tak bicara,karib yang berani gantikan dia, segak mempelai bersama selendangnya. Si pemalu senyum dengan air mata.
Iktibar sahabat jangan lagi berduka, asal cinta terus dikata, namun yakin dengan janji Yang Kuasa, kalau dah jodoh memang tak kemana.

Untuk berjumpa cinta yang Esa, dibiar sengsara mengenal cinta, kerana memang berdiri sebuah cerita, Ada cinta diatas cinta.

Biar asal menjadi punca, biar kalam membawa makna, biar hati terus berbicara, biar sahabat rasa gembira. 



Thursday, March 6, 2014

Masih awal untukku Part 3

"..ukhuwah mula bertasbih, "

"kat sini ke diorang berkumpul? Banyaknya kereta ." tanya Ika.
"aku pun tak tahu, kak Fathiah kata kumpul kat sini, kalau naik kereta kau jangan risau biar aku yang bayar duit minyak dan tol ". balas Diana.

Diana dan Ika keluar dari kereta lalu disambut mesra oleh sekumpulan wanita muda sebaya mereka. Mereka bersalaman dan berlaga pipi. Seperti mereka sudah kenal lama dengan Diana dan Ika.Mata Diana melilau mencari Fathiah dan Zulfa.

Saturday, March 1, 2014

Ingatan itu tersingkap lagi.

بسم الله الرحمان الرحيم

Ulang tahun tarikh "kebodohan" ,tak sangka masih segar lagi . 
Telah lama mencuba untuk lupa, tak sangka ia disingkap kembali.

Ingat lagi, tanpa malu aku menangis sendu,mengadu duka ,
Mengharap yang lain faham apa yang ku rasa.
Bercerita sana sini agar mereka mendapat makna,

Ahh aku silap ..

Aku pulang mencari kekuatan,
Solat dan amal aku cuba banyakkan.
Agar aku lebih ingat Tuhan ,
agar aku beroleh ketenangan.

Ahh mahal tenang ku.

Kau datang lagi,
meminta cuba kembali,
Padahal kau  kata menyimpan janji,
Dan Esok kau kan mengikat hati.

Ahh aku cuba lagi.

Kau salahkan aku pula,
padahal aku cuba menjaga,
mengikut ajaran agama,
kau kata aku lambat juga,
padahal kau sendiri yang dah terleka,
tak sabar mencari cinta.

Ahh ternyata itu takdir.

Tak sangka itu datang sebagai ujian cinta,
Dengan diam baru ku jumpa,
Rupanya telah lama ku leka,
Jauh aku dengan kasih yang Esa.

Alhamdulillah,terima kasih atas kenangan,
Thummal hamdulillah jazakallah atas perhatian,
Alfu syukran atas yang diajarkan,
yang lepas ku jadikan pengajaran.


~Sinar baru, bukan berwajah baru, Aku tetap aku. dan azam yang lama ku masih teruskan, hanya pernah terhenti sebentar dek lamunan yang engkau hadiahkan. Moga tak berulang hadiah yang sama lagi. Sungguh aku masih lemah. May Allah bless us. ^^ 
Allahu yusallimak. 


Moga Syahid milikku .Allahumma thufbina fi taisir kulli a'sir a'laika yasir, nas aluka yusro wal muafah fiddunya wal akhirah 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here