Thursday, February 13, 2014

Masih awal untukku Part 2


"Hidayah Allah itu luas."
Nur a'lan Nur

Fathiah merebahkan badannya diatas katil. Dia masih teringatkan peristiwa tadi. Kebetulan itu telah tertulis . Allah yang mengaturkan semuanya, Allah juga yang telah menetapkan agar Fathiah tersalah melihat mesej dan jam. Pertemuan antara mereka memang telah ditakdirkan. 
"Macammana bawa usrah tadi? ada nak kongsi tak dengan Zulfa"tanya Zulfa . 
Zulfa merupakan adik kandung Fathiah, setelah dia mencapai umur 18 tahun, ibu dan bapa mereka pergi mengadap ilahi. 
"Tak buat pun, akak tangguhkan, hurm ..akak nak follow-up seseorang ni" jelas Fathiah.

----------------------------------------
"esok lepas kelas aku balik lambat sikit kot, aku tak join korang lepak kat Sentul tu".kata Diana kepada Ika.
"ko nak pergi mana? date dengan Rafi ke? " soal Ika.
"aku dengan dia baru break semalam, nak cari anak ikan baru hahaha." jawab Diana ,sepertinya dia ingin melepaskan kesedihannya namun dia cuba untuk tidak tenggelam dalam perasaan.
Diana sebenarnya malu untuk memberitahu Ika mengenai Rafi. Dia merasakan Rafi mempermainkan dirinya sewaktu dia melihat Rafi jalan memegang tangan dengan seorang mahasiswi di kampusnya.

Selepas tamat kelas,Diana bergegas menunggang skuter kecilnya ke perkarangan masjid. Tempat pertama kali dimana dia berjumpa dengan Fathiah.
"akak dah lama ke tunggu saya kat sini? " soal Diana pada Fathiah
Fathiah tersenyum dan mengajak Diana menaiki keretanya. Dia ingin membawa Diana ke taman permainan.
Mereka berbual panjang disana.Tentang peribadi dan keluarga,tentang pelajaran dan tentang impian.
"Diana nak tahu tak, bukan Diana seorang je tau yang nak berubah,ramai lagi, kebanyakan saudara kita yang nak berubah ni sedang bersungguh-sungguh dan mencuba,sama sepeti awak Diana."jelas Fathiah.
"Diana nak jumpa tak saudara-saudara kita tu?"sambung Fathiah lagi.
"ada ke kak? malu saya, kalau jumpa apa yang saya nak buat?"soal Diana .
"tak jumpa lagi tahu kan,"jawab Fathiah sambil mengenyitkan mata..
Fathiah menyambung lagi "tengok kanak-kanak tu, mereka gembira je main bersama, mereka tak saling mengenali pun kan, tapi sebab sama-sama ada tujuan yang sama iaitu nak bermain,mereka boleh bersatu, tengok tu , beratur nak main gelongsor, hahaha" .
"ni ada hadiah untuk Diana, sempena 'date' kita yang pertama."sambil Fathiah menghulurkan beg kecil yang comel.
"bukan 'birthday' pun nak bagi hadiah , segan saya dengan akak" balas Diana.
"buka di rumah ye sayang,jom ambil motor awak dekat masjid , akak nak bawa awak ke rumah akak. ke ada hal lain malam ni?" soal Fathiah lagi.

"macammana aku boleh tiba-tiba sayang dekat orang luar ni, dah lah tak kenal, tiba-tiba aku rasa tenang duduk dengan dia" monolog hati kecil Diana sendirian tatkala dia menunggang skuter kecilnya mengikut kereta Fathiah dari belakang. 

--------
"Jemput masuk, ni ke yang akak ceritakan pada Fa haritu?" tanya Zulfa  selepas bersalaman dengan Diana.
"Diana tidur sini ke malam ni? kami tinggal berdua je kat rumah ni, rumah peninggalan arwah ibu kami, abang kami bawa diri hahha" ajak Zulfa.
Diana hanya diam,dia kelihatan agak malu untuk bersembang dengan Zulfa, Zulfa mengenakan jubah kosong tanpa corak dan bertudung bulat yang labuh manakala kakaknya Fathiah agak sedikit berfesyen mengenakan 'pashmina' dan baju kurung.
"lepas kita solat maghrib kita baca mathurat ye" ,ujar Fathiah sambil meletakkan tangan kanannya keatas bahu Diana.
"mak surat? apa tu kak? " soal Diana pelik. Sepertinya 'al-Mathurat' perkataan yang gharib baginya.
"antara surat cinta yang telah disusun," jawab Zulfa sambil memberikan buku nipis dan kecil kepada Diana.
"surat cinta Bahasa Arab ke? huh Diana tak paham Bahasa Arab, nak baca al-Quran pun Diana tak reti" ujar Diana menundukkan kepalanya.
"ada terjemahan dalam surat tu lah sayang. ce tengok. Kita try baca sama-sama ye" . Jelas Fathiah lembut.

Seusai bersembahyang Maghrib,Fathiah dan Zulfa membaca Mathurat bersama-sama manakala Diana membaca terjemahan sehinggalah sampai ke ayat al-Mukminun:115-118.
Bacaan Diana terhenti, bercucuran air matanya tanpa henti, dia cuba mengulang lagi bacaan terjemahannya tapi dia tidak mampu meneruskan. "maka apakah kamu mengira,bahawa seseungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main,dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami" ulang Diana lagi.
Fathiah dan Zulfa terus memeluk Diana erat. "ya uhkti fillah, kita cuba sama-sama ye" ,ujar Zulfa.

"Sabtu ni kita pergi bercuti sama-sama nak tak? kami cadang nak pergi mandi sungai." ajak Zulfa.
"hurm,boleh jumpa saudara-saudara kita yang lain sekali " Fathiah menyambung.
"ajak sekali housemate awak tau"sambung Fathiah lagi.

"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah,
Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik "



"you, I called you banyak kali dah, satu pun you tak angkat, then you angkat you just diam macam ni je. hey ... I cakap dengan you lah Diana. jawablah " jerkah Rafi di telefon. Diana masih mendiamkan diri lalu dia meletakkan telefon bimbitnya.  
Rafi terus menerus menelefonnya dan akhirnya dia menghantar mesej kepada Diana. 

"I really don't know  what have I do to you, I mula rasa ini yang terbaik untuk hubungan kita. From now I will let you go.bukan sebab I ada pengganti lain and bukan sebab sikap you . but we can always keep in touch dan kita masih berkawan seperti biasa kan? Thanks for make it easier. let be friend like before. bye."


"bukan yang ni maksud aku Rafi, aku tiada niat nak clash " rintih Diana sendirian. Air matanya semakin laju bercucuran.
Ika yang baru pulang dari 'part-time'nya terus memeluk Diana. Dia membaca mesej Rafi kepada Diana tersebut. 
"jangan nangis dah, aku ada kat sini,kalau mamat tu tinggalkan kau bersepah lagi kat luar sana tu, jom lepak Bukit Bintang malam ni" pujuk Ika.
Diana mengesat air matanya. hatinya teramat sakit, baginya ,dia cuma merajuk sebentar dengan Rafi, dia tidak pernah berniat hendak memutuskan cinta mereka. Tiba-tiba dia teringat hadiah yang diberi Fathiah petang tadi.
"Ika,ambilkan aku beg kecil tepi helmet aku tu, kak Fathiah bagi aku sesuatu. " minta Diana pada Ika.
"Fathiah mana pula ni? tak pernah dengar pun, " tanya Ika sedikit pelik.
Diana ingin melupakan sedihnya,dia cuba berlagak normal dan mengubah topik supaya Ika tidak menyentuh mengenai Rafi.
Sambil membuka bungkusan ,Diana mengajak Ika agar menyertainya untuk berkelah di sungai.
"Allah. al-Quran terjemahan," Diana terkejut isi hadiahnya adalah al-Quran kecil yang berzip berwarna merah. 
"cantiknya, aku dulu ada je Quran tapi entah kat mana aku letak. Dulu waktu duduk kat hostel sekolah menengah rajin lah aku baca." kata Ika.
"kau pandai baca Quran ? " soal Diana sedikit teruja.
"pandai tu taklah,nak buat lagu-lagu tarannum tu lagi lah tak,bolehlah ,dulu kat kampung aku belajar mengaji dengan jiran belakang rumah aku,dia ustazah. huh aku dah lama tinggal Quran ni. Astaghfirullah." keluh Ika.
"kau ajar aku baca . Please!" pinta Diana .
"weyhh..jangan buat aku macam ni,sembahyang pun aku tak penuh lagi kau minta aku ajar kau baca Quran,"balas Ika.
"kau mulalah sembahyang,ajar aku sekali, aku tak tahu benda-benda macamni, mak ayah aku tak pernah ajar,kat sekolah lagilah ,aku sekolah cina kau tau kan. kita sembahyang sama-sama nak Ika. Aku tak larat dah hidup macamni,aku teringin nak macam orang lain,pandai sembahyang ,pandai mengaji .Kau tolong aku ye" pinta Diana sambil kedua tangannya memegang tangan Ika.
"ouh... aku cuba jugalah." balas Ika.

"weyhh, Diana bangun ,dah subuh , kau kata semalam nak sembahyang" kejut Ika .
"kalau aku tak nak sembahyang pagi ni boleh tak, Zohor nanti aku sembahyanglah."jawab Diana.
"tak boleh weyh, aku baru nak semangat kau ajak aku bertaubat,sembahyang tak boleh celup-celup."ujar Ika.

Semalaman Ika tak dapat tidur kerana kata-kata Diana . Dia mula merasakan dia harus berubah, sembahyang sudah lama dia tinggalkan. Kali terakhirnya dahinya menyentuh sejadah pada hari raya Aidilfitri lepas. Jika ibubapanya mengetahui keadaan dia kini mesti mereka akan bersedih. Ika malu dengan sahabatnya Diana walaupun tidak tahu membaca Quran dia ingin cuba belajar,namun dia yang sudah lama mempelajari Quran sudah lama meninggalkannya. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here