Wednesday, January 8, 2014

Selingkuh?hurmm..

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dengan tarian mesra jari menari lagi. Terpanggil menulis mengenai "curang" bukan mengajak sesiapa berlaku curang. Say no to "curang" . Tiada siapa yang mahu menjadi watak jahatkan walaupun dalam percintaan atau persahabatan.

Definisi curang menurut Kamus Pelajar edisi kedua bermaksud "tidak lurus hati,tidak jujur ,khianat,mencurangi berlaku atau berbuat curang kepada, kecurangan perbuatan atau hal curang:sifat curang. "
Berdasarkan maksud curang yang difahami sendiri yakni tidak setia, menduakan atau seumpama dengannya.

Apabila disebut curang mesti membayangkan cinta yang dicurangi pasangan atau kita sendiri yang bermain "belakang " terhadapnya. 

Apabila cinta didustai hati mula berubah,yang jernih nampak kotornya, yang bersih nampak tompoknya.Men"describe" cinta pada awalnya dengan bermacam yang indah. Dialah ratu dialah raja. Miss solehah,Mr Mujahid cinta ,"jaga hati untukmu", semuanya baik dimata. Namun bila sedar sidia curang ah.. "memang lama dah aku bersabar dengan dia." "jangan di mention namanya depanku" dan pelbagai drama lagi yang bermain. Disitu sebenarnya kita dapat mengenali watak seseorang bukan sekadar ditarikh lahir atau warna kegemaran akhlaknya juga dapat di "describe"kan.Bagaimana kita dan sidia menghadapi saat begini.Ungkapan indah berubah menjadi ungkapan kekecewaan pelbagai versi.

Mendalami jalan cerita mereka yang dicurangi membuat diri sendiri khuatir mendekati sesuatu perhubungan walaupun kenalan. Takut "tersangkut"dan ter"curang" agaknya. Kadang-kadang apabila seseorang itu telah diikat (tunang) pun boleh "curang" suami isteri yang telah lama bernikah pun diuji dengan "curang" .Inikan pula pasangan yang "sweet couple" . (moga Allah lindungi )

"Curang"Apabila kita sedar diri dicurangi. jangan salahkan sidia,ambil cermin tengok diri semula. itu sebenarnya salah kita."yang baik untuk yang baik" jadi pasangan kita adalah cerminan hidup kita.  Kadang-kadang "curang" ni Allah hantar untuk uji kita. Kita cinta mana yang lebih. Allah atau dia? Ada curang tak dengan cinta kepada Allah dan kekasihnya?? Hurmm.. Reflect  balik diri. Jika benar kita tak curang dengan cinta Allah dan Rasullah kenapa nak sakit dengan kecurangan manusia.
Letak dihati Allah dan kekasihNya yang utama.comferm tak sakit. Masakan kita bisa sakit dengan cinta yang lain jika kita benar-benar mencintai Allah dan RasulNya??

Tiada istilah "curang" dan "main belakang" pada cinta yang sempurna. Koreksi diri adakah pernah "selingkuh" pada Allah dan Rasullah.Itu yang utama.
Mana mungkin kita berjumpa dengan yang"curang"atau  telah "curang" jika kita sendiri tidak berlaku "curang" .

"Iman di dalam hati itu ibarat air didalam gelas.Apabila penuhnya air tersebut,maka tumpahlah ia disekiling cawan tersebut. Apabila seorang hamba itu dipenuhkan hatinya dengan iman ,maka zahirlah diluarnya seperti di dalam hatinya.Itulah iman"
[mafhum kalamFadhilatus Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim rahimahullah (ulama Bumi Kinanah, wafat tahun 90'an) ]
 



لا تفكر كثيرا 
بل إستغفر كثيرا
فالله يفتح بالإستغفار ابوابا لا تفتح بالتفكير
 
 

marwa



Thursday, January 2, 2014

Ibu angkat juga ibu ♥ ¸..•¤*¤•


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mereka dahulunya membesar sekali.Aima,Aina,Aslam dan Ain. 4 beradik satu ayah dan satu ibu.
Namun mereka ada lagi adik yang lain ibu dan lain ayah. Namanya Suria. Anak angkat kepada ibu dan ayah mereka . mereka mula kenal Suria semenjak Suria lari dari rumahnya dek kerana bergaduh dengan ibunya.Ibu Ti iaitu ibu kepada 4 beradik tadi menjaga Suria seperti anak mereka sendiri, Simpan risau dan khuatir selalu . Sehinggalah suatu hari ibu Suria hadir dan meminta Suria pulang ke pangkuannya. ibu Ti berharap Suria menjadi anak yang solehah pada ibunya.

Semenjak Suria diambil oleh ibunya, dia jarang melawat ibu Ti. Ibu Ti semakin rindu padanya. Anak-anak ibu Ti sering memujuknya Aina terutamanya .Dia sebaya dengan Suria. Dia selalu menyedapkan hati ibu Ti dengan mengatakan dia sering jumpa Suria di sekolah dan Suria sering bertanya khabar tentangnya. Namun itu hanya untuk memujuk hati ibunya yang selalu merisaukan Suria. 

Sehinggalah suatu hari Suria hadir bersama abang kandungnya melawat Ibu Ti. Perasaan rindu mereka diterjemahkan. Seperti ibu yang telah lama kehilangan anak ibu Ti begitu sayangkan Suria. Mereka berbual sepanjang hari bercerita itu ini banyak sungguh yang mereka simpan diluahkan bersama. Petang mula menjelma, Aima tiba-tiba terdengar ketukan pintu rumah mereka. Aslam membuka pintu lantas melihat seorang perempuan tua hampir bongkok bertanya mengenai Suhaila.Ternyata itu ibu Suhaila. Dia meminta Suhaila pulang. Hari itu hari yang terakhir ibu Ti , Aima,Aina ,Aslam dan Ain melihat Suhaila.

Cinta takkan pergi tanpa pengganti, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Begitulah juga kasih ibu Ti. Rakan Aina hadir mengganti Suhaila. Dia juga pernah mengenali Suhaila suatu ketika dahulu. Rina. Sepertinya dia bukanlah pengganti sepenuhnya untuk Suhaila ,tapi penambah suka, rindu pada Suhaila masih bertaut . Tapi Rina kali ini istimewa lagi. Ayah mereka turut mengasihi Rina. Mungkin kerana tertib dan sopannya. Suhaila dulu keanak-anakan lagi. 

Mereka terus membesar bersama. Ada yang masuk asrama, ada yang dipanggil kem, dan ada yang terus tinggal dirumah . Sampai suatu hari, Ibu Ti terdengar rakannya di pasar berborak, mereka bercerita mengenai Suhaila yang sudah berkahwin . Ibu mana yang tak bersedih , walaupun bukan anak yang dikandungkan tapi kasihnya sama . Dia pulang ke rumah, mahu sedih atau gembira. Anaknya sydah bernikah . itu satu berita atau sedih? Akhirnya dia mendiamkan diri. Aina Aslam dan Ain amat  terkilan dengan tindakan Suhaila yang tidak memberitahu mereka. Namun mesti ada sesuatu . Aina akhirnya cuba mencari Suhaila dan Suhaila menceritakan mengenai kondisi ibunya yang akan pergi tak lama lagi..

Dan hari tahun terus berlalu. Kini Suhaila sudah berbadan dua, Ibu Ti masih merisaukannya. Dia juga masih tidak menghubungi ibu Ti .Mungkin kerana malu , ibu Ti cuba memahami dan melupakan . Seperti biasa doa sahaja disertakan. hendak menghubungi takut bersalah nanti. Aima,Aina,Aslam,Ain dan Rina penawar ibu Ti,mengubat segala rindu dan resahnya. Harapnnya moga Rina tak meninggalkannya suatu hari nanti. 


Rindu pada anak tidak pernah di minta balas, apatah lagi dikenang.Cuma sebagai anak, patut memikir kasih ibu walaupun bukan dia yang melahirkan namun bila sudah memanggilnya ibu kasihnya sama. 


Kasih ibu kasihnya suci,
ingatannya tulus membawa erti,
cintanya tidak berbelah bahagi.
doanya menjadi penguat diri.




Friday, June 14, 2013

♥ ¸..•¤*¤•.,♥.•¤**Bintang dari ku♥ ¸..•¤*¤•.,♥Part 3


أهديتك قلبي وروحي
وبين ظلوعي اسكنتك
ورسمت معك احلامي
و وعــــــودي
تواعدنا..
Uhibbuka-Nizar Qabbani

"mari kesini sayangku,"ajak Ghufran ketika berdiri di balkoni rumahnya. Ayuni bingkas bangun lalu menuju ke arah suaminya itu."iya mas.."sambutnya lembut."kamu nampak enggak bulan itu,Subhanllah cantik cahaya seperti kamu"sambil meletakan tangannya diatas bahu Ayuni."tapi Yuni tak mahu jadi bulan,Yuni nak jadi bintang."jawab Ayuni.Ghufran memandang tepat kearah wajah isterinya itu."bulan jika hilang tiada ganti,bintang jika hilang satu ada lainnya.."sambung Ayuni lagi."hilang,isteri ku ini hendak menghilang kemana..jangan pernah kamu katakan hilang itu ya..Insya Allah hanya kamu saja isteriku.. "
Dan meski kala itu masih malam,
Ketika engkau datang seuntai pelangi
muncul bersinar di cakrawala.
Menampilkan begitu banyak warna,
laksana ekor merak.
(Cordoba, Ibn Hazm 994-1064)
*********

Jangan tinggalkan bakti pada orang tua, ketahuilah
Pada keluarga kecil

ada yang terkecil

Raihlah orang yang di sebelah kanannya

bakal kau pegang tangan kanan
Engkau lihat yang kiri di sebelahnya
Engkau raih tangan kirinya
Syair al-Qusyairi


"Kita pindah ke Jakarta yuk.bunda dan ayahnda disana tanggungjawab mas.Masakan mas bisa meninggalkan kedua orang tua mas dengan adik Aisyah. Dia juga punya keluarga sendiri."Ghufran menyatakan hasratnya setelah setahun tinggal di Malaysia. Ayuni hanya diam lalu mengangguk.Tingkah lakunya seakan-akan terpaksa mengikut. "jika kamu enggak mahu katakan saja enggak..mudah jangan di beratin hal yang mudah.."kata Ghufran dengan nada yang agak berlaianan. "mas.. ada Yuni cakap apa-apa ke? Yuni angguk je kan."Ayuni sedikit tersinggung dengan kata-kata suaminya tadi. Ghufran mendiamkan diri dan terus menuju ke bilik solat.
"mas.. maafkan Ayuni..Yuni tak mau tidur dalam keadaan  suami sedang marah.Maafkan Yuni mas..Yuni redho ikut  kesana." Perlahan Ayuni menghampiri suaminya dan mengucup tangan suaminya itu.

"bunda, mau masak apa hari ini?" tanya Ayuni dengan cubaan bahasa indonesianya."opor ayam..kamu tahu enggak?" tanya ibu Ghufran mesra."pernah dengar masakan ni..tapi makan tu tak tahu" Ayuni membalas sambil menggeleng kepala."ini makanan kesukaan Ghufran.. selalunya di makan dengan ketupat..tapi si Ghufran gemar makannya dengan nasi saja..mari sini bunda ajarin "

"kak.. ada yang titipkan surat untuk mu.. katanya rakan mu sewaktu kuliah dulu..ini suratnya" Aisyah memberikan surat kepada abangnya Ghufran."aahh.. surat cinta masa kuliah dulu ku." gurau Ghufran sambil membuka sampul suratnya itu."kenapa kak kaget?"usik Aisyah."enggak,"balas Ghufran.Jelas menampakkan keadaannya seperti ada perkara besar yang dia khuatirkan."usah bilang sama orang iya".pinta Ghufran kepada Aisyah. 

Selepas pulang dari menunaikan solat Zohor,Ghufran terus masuk ke bilik tidurnya. "mas..kamu pernah mengkhitbah siapa-siapa ya sebelum menikahi Ayuni?" lantas soalan diajukan kepada Ghufran. "maaf,Ayuni terbaca surat di atas meja tadi sewaktu mengemas. tapi Ayuni mahu penjelasan dari mas sendiri.Mas tahu tak perkara ni bukan gurauan." sambung Ayuni lagi, Ghufran menundukkan kepalanya lalu beristighfar." kamu udah tahu lama kan.. apa yang mahu kebenarannya lagi." balas Ghufran ringkas,"itu Yuni tahu,tapi bukan tentang lamaran kamu. Ayuni mahu mas menikahi dia." pinta Ayuni.Ghufran terdiam sementara.Sangkaan Ghufran ternyata salah,dia menyangkakan Ayuni cemburu. "jelasin pada ku kenapa aku harus menikahi dia,padahal aku sudah bahagia sama kamu". Soal Ghufran.Dia hairan dengan sikap isterinya itu yang memaksa untuk dimadukan. "jika mas sayang sama Ayuni lakukan saja,"

"tahniah Buk Ayuni..kamu disahkan hamil..moga anak yang bakal dilahirkan ini menjadi pejuang agama" jelas doktor setelah memeriksa keadaan Ayuni.Ayuni gembira bercampur khuatir.Dia masih memikir akan permintaannya terhadap Ghufran. "Alhamdulillah .."ucap Ayuni ringkas.."Seperti ada sesuatu yang kamu mikir ia buk Ayuni?"musykil doktor dengan reaksi Ayuni . "eh tiada apa-apa doktor Moga Allah memberikan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah,doa dari mu juga saya harapkan.mampir dulu."balas Ayuni lantas bangkit bersalaman dan keluar dari bilik rawatan.

_________________________________________________________________________________________

"Auni" jerkah Alia. "selamat aku takda "heart attack" awat hang?" tanya Auni spontan. "result dah keluar, boleh la kita booking tiket balik Ramadhan tahun ni.Rindunya sama family" jelas Alia sambil meletakkan kepalanya dibahu Auni.Auni menepis kepala Alia."ish geli aku, aku pun cadang nak survey harga tiket. kalau mahal aku cadang nak pi jalan la better dari balik kan kan.."jelas Auni sambil menggangguk tanda dia menyukai cadangannya itu sendiri. Anisah yang sedang khusyuk melayari muka buku tiba-tiba bersuara." weyh kome ,meh sini tengok result kome, " kami dah tau lama da nis" balas Auni dan Alia serentak.

Sedang asyik ber"skype" dengan keluarga, ayah auni lantas mengajukan soalan tentang pernikahan. Auni hanya senyum tanpa jawapan. Dia merasakan dia belum bersedia untuk bernikah, ingatannya pada Ghufran masih bermain-main difikiran."Abah dah jumpa sorang ni untuk kakak. Soleh, rajin ke masjid, jadi imam terawih tahun lepas . memang class gitu. Auni fikir elok-elok na. Abah dengan mak setuju dah, la ni tunggu keputusan kakak ja, pandai dia tarbiyah anak-anak dekat maahad tu. " Auni teringat akan pujian melambung ayahnya terhadap hamba Allah yang bakal di istikharahkan.Gambar yang diberi melalui" skype " Auni merenung agak lama. "mula hari baru,jadi semua kena baru" monolognya sendirian.

____________________________________________________________________________________________

Tiket dan passport terletak kemas diatas meja . Ayuni telah menyediakan segalanya untuk Ghufran menemui gadis itu. "Ayuni akan ikut mas sekali, janji tetap perlu di tunaikan, Ayuni mahu ayah kepada anak Yuni seorang yang menepati janji." pinta Ayuni sambil menyisir rambut suaminya. "kalau itu yang kamu mahu,aku rela turuti, akan ku bawa pulang untukmu madu yang cantik untuk isteri ku," usik Ghufran. 




Friday, June 7, 2013

10 Nasihat untuk menjadi Isteri Solehah.

 isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi“Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau:“Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.

Friday, May 3, 2013

¤•.♥¸. •¤**¤•Muslimah itu ¤•.♥¸. •¤**¤•

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Muslimah
Hanya taqwa perisai hati,
Paksa jiwa mentarbiyah diri.
Hadir cinta untuk Ilahi,
Akhlak indah penghias diri,

Kadang jatuh tanpa sedari,
Iman goyah cuba bentengi,
lemah engkau menjatuhkan lelaki,
tangisan itu membentuk sanubari.

Tak perlu mahkota dan singgahsana,
Tak perlu harta dan kemewahan dunia,
Memadai sudah bimbingan ke syurga,
Zuhud sebagai bukti cinta.

Ibu ayah mereka hormati,
Taat dan patuh pada suami,
Jalan mudah Allah beri,
Syurga dijamin akhirat nanti.


Monday, April 29, 2013

¤•.,♥HADIS QUDSI PENEBAR CINTA~


HADIS QUDSI PENEBAR CINTA
“Wahai anak Adam! Sesuai dengan kadar kecenderunganmu terhadap dunia dan kecintaanmu terhadap-Ku, sesungguhnya Aku tak akan pernah mengumpulkan cinta pada-Ku dan cinta pada dunia dalam satu hati.
Wahai anak Adam! Bersikap warak-lah engkau, niscaya engkau mengenal-Ku. Laparlah, niscaya engkau melihat-Ku. Ikhlaslah dalam beribadah kepada-Ku, niscaya engkau sampai kepada-Ku. Bersihkanlah amalmu dari sifat riya, niscaya Ku-kenakan pada pakaian cinta-Ku.Berdzikirlah engkau kepada-Ku, niscaya Aku menyebutmu di hadapan malaikat-Ku.
Wahai anak Adam! Di dalam hatimu masih ada sesuatu selain Allah. Engkau masih sering mengharap kepada selain Allah. Sampai kapan engkau menyebut Allah, sementara engkau takut kepada selain-Nya?
Jika engkau betul-betul mengenal-Ku, pastilah dalam hatimu hanya ada Allah, engkau hanya takut kepada Allah, dan lidahmu tak akan bosan menyebut-Nya. Sesungguhnya menyambung dosa dan dosa adalah tobatnya orang yang berdusta.
Wahai anak Adam! Jika engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, niscaya Kuberikan padamu kekayaan dari jalan yang tak pernah engkau sangka-sangka sebelumnya.
Wahai anak Adam! Jika engkau menginginkan surga sebagaimana engkau cinta pada dunia, niscaya Kuberikan kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Seandainya engkau mengingat-Ku sebagaimana kalian mengingat yang satu dengan yang lainnya, niscaya para malaikat akan memberi salam padamu pagi dan petang.
Seandainya engkau senang beribadah kepada-Ku sebagaimana engkau senang pada dunia, niscaya Aku muliakan engkau seperti kemuliaan para rasul. Maka, jangan engkau isi hatimu dengan cinta dunia karena sebentar lagi ia akan sirna.
--Dikutip dari kitab Kimiya As-Sa’adah karya Imam Al-Ghazali

Andai pertanyaanku menggangu mu.


Sejenak terbayang kegelisahanmu,
masalahmu mengusik hatiku,
masalahmu menjadikan aku hilang tenang,
Aku menjadi gelisah dengan bimbangmu.

Yaasin,usai baca ku ulangi lagi,
melanggar rutin harianku,
tidur aku bercampur tanya,
tanpa damai ku cuba lelap,
apa tenangkah kamu?
bisakah kamu lena seperti ku?
hanya doa  pengubat jiwa ku.

Maaf,bukan niat ku untuk mencampur urusanmu,
maaf, bukan niatku untuk mengganggumu,
maaf ,bukan niat ku untuk menarik perhatianmu,
Aku cuma merisaukanmu.

Saat qiyam, doa sahaja aku mampu,
bertanya lebih keadaanmu aku malu,
bertanya lebih tentangmu aku takut.
Maaf andai kekhuatiranku mengganggu ruang rehatmu.

Andai kamu menyangka buruk padaku, aku terima,
aku hanya mahu mendengar kegembiraan tentangmu,
andai kamu salah mengertiku, aku akur,
aku takkan meminta mu untuk memahami tujuanku,
biar aku nyatakan sendiri walaupun engkau sendiri takkan mengerti kenapa.

Seperti ibu merisaukan anaknya,
mungkin itu..
"Kullu ma'rufin sodaqoh" ini jawapan dari hatiku untukmu..tiada maksud lain,Mungkin.


(عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ 
Moga Allah RedHo~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here