بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Mereka dahulunya membesar sekali.Aima,Aina,Aslam dan Ain. 4 beradik satu ayah dan satu ibu.
Namun mereka ada lagi adik yang lain ibu dan lain ayah. Namanya Suria. Anak angkat kepada ibu dan ayah mereka . mereka mula kenal Suria semenjak Suria lari dari rumahnya dek kerana bergaduh dengan ibunya.Ibu Ti iaitu ibu kepada 4 beradik tadi menjaga Suria seperti anak mereka sendiri, Simpan risau dan khuatir selalu . Sehinggalah suatu hari ibu Suria hadir dan meminta Suria pulang ke pangkuannya. ibu Ti berharap Suria menjadi anak yang solehah pada ibunya.
Semenjak Suria diambil oleh ibunya, dia jarang melawat ibu Ti. Ibu Ti semakin rindu padanya. Anak-anak ibu Ti sering memujuknya Aina terutamanya .Dia sebaya dengan Suria. Dia selalu menyedapkan hati ibu Ti dengan mengatakan dia sering jumpa Suria di sekolah dan Suria sering bertanya khabar tentangnya. Namun itu hanya untuk memujuk hati ibunya yang selalu merisaukan Suria.
Sehinggalah suatu hari Suria hadir bersama abang kandungnya melawat Ibu Ti. Perasaan rindu mereka diterjemahkan. Seperti ibu yang telah lama kehilangan anak ibu Ti begitu sayangkan Suria. Mereka berbual sepanjang hari bercerita itu ini banyak sungguh yang mereka simpan diluahkan bersama. Petang mula menjelma, Aima tiba-tiba terdengar ketukan pintu rumah mereka. Aslam membuka pintu lantas melihat seorang perempuan tua hampir bongkok bertanya mengenai Suhaila.Ternyata itu ibu Suhaila. Dia meminta Suhaila pulang. Hari itu hari yang terakhir ibu Ti , Aima,Aina ,Aslam dan Ain melihat Suhaila.
Cinta takkan pergi tanpa pengganti, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Begitulah juga kasih ibu Ti. Rakan Aina hadir mengganti Suhaila. Dia juga pernah mengenali Suhaila suatu ketika dahulu. Rina. Sepertinya dia bukanlah pengganti sepenuhnya untuk Suhaila ,tapi penambah suka, rindu pada Suhaila masih bertaut . Tapi Rina kali ini istimewa lagi. Ayah mereka turut mengasihi Rina. Mungkin kerana tertib dan sopannya. Suhaila dulu keanak-anakan lagi.
Mereka terus membesar bersama. Ada yang masuk asrama, ada yang dipanggil kem, dan ada yang terus tinggal dirumah . Sampai suatu hari, Ibu Ti terdengar rakannya di pasar berborak, mereka bercerita mengenai Suhaila yang sudah berkahwin . Ibu mana yang tak bersedih , walaupun bukan anak yang dikandungkan tapi kasihnya sama . Dia pulang ke rumah, mahu sedih atau gembira. Anaknya sydah bernikah . itu satu berita atau sedih? Akhirnya dia mendiamkan diri. Aina Aslam dan Ain amat terkilan dengan tindakan Suhaila yang tidak memberitahu mereka. Namun mesti ada sesuatu . Aina akhirnya cuba mencari Suhaila dan Suhaila menceritakan mengenai kondisi ibunya yang akan pergi tak lama lagi..
Dan hari tahun terus berlalu. Kini Suhaila sudah berbadan dua, Ibu Ti masih merisaukannya. Dia juga masih tidak menghubungi ibu Ti .Mungkin kerana malu , ibu Ti cuba memahami dan melupakan . Seperti biasa doa sahaja disertakan. hendak menghubungi takut bersalah nanti. Aima,Aina,Aslam,Ain dan Rina penawar ibu Ti,mengubat segala rindu dan resahnya. Harapnnya moga Rina tak meninggalkannya suatu hari nanti.
Rindu pada anak tidak pernah di minta balas, apatah lagi dikenang.Cuma sebagai anak, patut memikir kasih ibu walaupun bukan dia yang melahirkan namun bila sudah memanggilnya ibu kasihnya sama.
Kasih ibu kasihnya suci,
ingatannya tulus membawa erti,
cintanya tidak berbelah bahagi.
doanya menjadi penguat diri.
No comments:
Post a Comment