Thursday, February 17, 2011

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”



Advertise Here
Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)
Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.
2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.
Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.
Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.
3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)
4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi Nabi SAW
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.
5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.
Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)
“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.
7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.
8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Wednesday, February 16, 2011

kesian cikgu..

Kenakan Cikgu


murid: Selamat pagi, cikgu. 

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah? 

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu! 

Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu! 

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab 
dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? 

Murid-murid: Faham, cikgu! 

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. 

Murid-murid: (senyap) 

Cikgu: Pandai! 

Murid-murid: Bodoh! 

Cikgu: Tinggi! 

Murid-murid: Rendah! 

Cikgu: Jauh! 

Murid-murid: Dekat! 

Cikgu: Keadilan! 

Murid-murid: UMNO! 

Cikgu: Salah! 

Murid-murid: Betul! 

Cikgu: Bodoh! 

Murid-murid: Pandai! 

Cikgu: Bukan! 

Murid-murid: Ya! 

Cikgu: Oh Tuhan! 

Murid-murid: Oh Hamba! 

Cikgu: Dengar sini! 

Murid-murid: Dengar situ! 

Cikgu: Diam! 

Murid-murid: Bising! 

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh! 

Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai! 

Cikgu: Mati aku! 

Murid-murid: Hidup kami! 

Cikgu: Rotan baru kamu tau! 

Murid-murid: Akar lama tak tau! 

Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua! 

Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu! 

Cikgu: Kamu gila! 

Murid-murid: Kami siuman! 

Cikgu: Cukup! Cukup! 

Murid-murid: Kurang! Kurang! 

Cikgu: Sudah! Sudah! 

Murid-murid: Belum! Belum! 

Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat? 

Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit! 

Cikgu: Oh! Melawan! 

Murid-murid: Oh! Mengalah! 

Cikgu: Kurang ajar! 

Murid-murid: Cukup belajar! 

Cikgu: Habis aku! 

Murid-murid: Kekal kami! 

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! 

Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula! 

Cikgu: Sudah, bodoh! 

Murid-murid: Belum, pandai! 

Cikgu: Berdiri! 

Murid-murid: Duduk! 

Cikgu: Saya kata UMNO salah! 

Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul! 

Cikgu: Bangang kamu ni! 

Murid-murid: Cerdik kami tu! 

Cikgu: Rosak! 

Murid-murid: Baik! 

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! 

Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu! 

Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya 
keluar.) 

Sebentar kemudian, loceng pun 
berdering. Murid-murid berasa lega 
Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah 
keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana 
telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, 
tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang 
lagi.... 

Tuesday, February 15, 2011

banTal dan Manusia..


Terdapat beberapa kategori manusia yg suka bantal dan perwatakan mereka:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai beli............klu rajin buat sendiri...............

Monday, February 14, 2011

KrOnoloGi kejatuhan Khalifah

klu silap minta tolg diperbetulkn  

1300- Khalifah Uthmaniah ditubuhkan.

1400- Kerajaan Uthmaniah berkembang maju.

1453- Sultan Al- Fateh berjaya menawan kontantinopel, Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika utara.

1494- Paderi kristian melancarkan Perang Salib ke-2 untuk merampas kembali tanah mereka.

1860- Semua serangan ke atas umat Islam gagal, ubah perancangan, daripada serangan fizikal kepada serangan pemikiran.

1861- Yahudi telah menubuhkan Pemuda turki, lancarkan 'Pembaharuan Turki'

1864- Pemuda Turki berjaya mempengaruhi Khalifah, mufti dan tentera. Pemerintahan Turki menjadi pincang

1864- Yahudi mengunakan tipu helah, namun sultan Abdul Hamid 2 berjaya naik tahta, melambatkan proses kejatuhan Khalifah.

1901- Theodore hertzel, pengasas negara israel pujuk sultan untuk tukar sedikit tanah palestin dengan wang yang banyak, tetapi sultan engan. Dan mengeluarkan kata-kata yang masyur ini...

“Nasihatkanlah Dr. Hertzl agar janganlah beria-ia sangat dalam perkara ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup melepaskan walaupun sejengkal daripada tanah ini (palestin ). Kerana ia bukan milikku, tetapi milik rakyatku yang telah berjuang dengan darah mereka untuk mempertahankannya. Maka simpan sajalah jutaan duit yahudi itu.
Apabila Empayarku ini berkecai pada suatu hari nanti, maka pada waktu itu mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran. Manakala ketika aku masih hidup, aku sama sekali tidak akan merelakan bumi Palestin dirampas daripada Empayarku. Tidak sama sekali. Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk merestui badan kami dibedah dan diceraikan sedangkan kami (Khilafah Uthmaniah) masih lagi hidup”.

1908- yahudi melalui pemuda turki dan tentera salunik merancang secara rahsia untuk mengulingkan Khalifah.

1909- Tentera salunik tawan Istanbul, gulingkan Khalifah, rampas tampuk kepimpinan, lantik khalifah boneka.

1919- Sultan lantik kamal atatturk sebagai ketua tentera, arah untuk sekat tentera britain, perancis, itali dan salunik. tawan kembali tanah yang dirampas, atatturk bukan pergi serang, tapi menolong peberontakan disitu.

1920- Turki ditawan, pembesar ditahan, bangunan kerajaan dirampas dan semua musuh-musuh atatturk dibunuh oleh britain, khalifah masih ada tetapi tiada kuasa, umat Islam juga masih mengangap khalifah sebagai ketua.
1922- Peperangan palsu diatur antara tentera atatturk dan tentera yunani di Turki untuk menunjukkan bahawa atatturk adalah hero sebenar. atatturk menang besar, seluruh takyat menyokongnya,
-muktamar pertama kerajaan atatturk-isytiharkan turki sebuah negara republik,sistem khalifah dimansuh, jawatan 'khalifah' dikekalkan untuk urusan agama sahaja.

1923- britain berjanjii memerdekakan Turki, sebagai tukaran atatturk harus menghapuskan khalifah dan saki baki pejuang Islam serta menyerapkan nilai-nilai kehidupan barat dalam diri umat Islam.

1924- ataturk isytihar-jawatan khalifah dihapus, sistem pemerintahan dan agama diasingkan, mahkamah syariah dimansuhkan, khalifah dihalau dari Turki.

1925- untuk menghilangkan unsur Islam dalam kehidupan rakyat Turki, beberapa peraturan telah digubal- undang-undang Islam diganti dengan undang-undang barat- sekolah Islam digantikan dengan sekolah sekular- Pengunaan bahasa arab dalam komunikasi,azan, Al-Qur'an diganti dengan bahasa Turki.-takwim Hijrah diganti dengan kalendar masihi- Rakyat Turki yang mengunakan nama arab hendaklah menukar kepada bahasa Turki- tudung dan kopiah diharamkan, anjurkan lebih banyak hiburan dan maksiat untuk melalaikan umat Islam- Memasukkan ideologi barat seperti sekularisme, patriotisme, liberalisme dan lain-lain- menukarkan gaya hidup islam kepada barat. 


pangLima tentera Israel... Moshel Dayan..:pernah berkata:

Mereka(Umat Islam) tidak akan dapat mengalahkankan kami kerana :

1)Sikap Mereka(Umat Islam) yang malas.
2)tidak Melihat dan mengkaji sejarah agung dan kaya mereka.
3)Perancangan yang tidak teliti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here