Tajuk:
Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia
Daripada Ibnu Masud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.
Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.
Kemudian kami bertanya: Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila la.
Kami bertanya lagi: Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.
Kami bertanya: Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami? Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: Assalamualaikum ya Rasulullah? Kemudian ia berkata lagi Assolah yarhamukallah.
Fatimah menjawab: Rasulullah dalam keadaan sakit? Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku? Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: Ya maaasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah! Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk? Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.
Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu siapakah dia? Fatimah menjawab: Tidak wahai baginda. Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan Assalamualaika ya Rasulullah. Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?
Malaikat Maut menjawab: Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? Saya tinggal ia di langit dunia? Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.
Baginda SAW bersabda: Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.
Baginda SAW bersabda lagi: Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?
Jibril as bertanya: Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?
Jibril menjawab: Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.
Maka berkatalah Rasulullah SAW: Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku? Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut? Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sair.
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal ra telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: Auzubillahi minasy syaitannir rajim? Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Muaz berkata: Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan? Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Muaz berkata kepada mereka: Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?
(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Muaz, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?
(Ali-lmran: 144)
Maka Muaz pun menjerit lagi: Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad? Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.
Kemudian ia berkata: Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW? Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Muaz: Wahai Muaz sedarlah dan bangunlah.
Ketika Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Muaz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah? Muaz menyambungnya: Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah? Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Muaz yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Muaz, lalu ia berkata: Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz.
Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh? Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: Assalamualaikum ya ahli bait.
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.
Kemudian Fatimah berkata lagi: Masuklah wahai Muaz? Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.
Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
^ Kembali ke atas ^
Dipetik Dari Buku: 1001 Duka "Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati".
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.
Seandainya aku dikurniakan seribu jiwa, maka dengan senang hati aku akan mengorbankan semuanya demi Islam. kerana ia adalah sumber kebahagaiaan. keadilan dan kebaikan yang hakiki.. -Badi'uzzaman Said Nursi.s.h
Monday, February 14, 2011
LiRik :Ashabul Kahfi
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman
Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu
Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan syurga
Qitmir yang mulia
Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman
~Raihan~
Sunday, February 13, 2011
aLangkah iNdahNya HiDup InI~Raihan
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Sunday, February 6, 2011
Kisah Imam Tua
Malam itu sunyi sekali, seperti malam-malam yang sudah berlalu. Seorang imam setia menjaga rumah Tuannya. Tak pernah terlintas untuk meninggalkannya. Walaupun cuma sendirian, imam tua ini masih kuat meminta pada malamNya untuk kesejahteraan dirinya dan semua saudaranya sama ada yang punya ikatan darah atau pun tidak. Setiap malam, begitulah rutin imam tua tersebut. Walau ma’mun tiada dan adakalanya ada cuma seorang dua, imam tua tetap setia bersama Tuannya. Kata orang, tak kenal makanya tak cinta. Mungkin kerana imam tua sudah mengenali dan mencintai Tuannya dengan sedalam-dalamnya, hatinya tak pernah sekali terdetik untuk melupaiNya. Walau tuanya terlalu jauh, tenaga yang ada seperti punyanya seorang pemuda. Hebatnya si tua itu. Sesekali, dirinya dicaci si bodoh, si sombong dan si angkuh dunia dan kuncu-kuncunya, namun tak mengapa itu sementara bisiknya. Bukan imam tua ingin disanjung jua dijunjung, tetapi selamilah setiap tindakannya yang membawa kepada Dia.
Apabila bercakap tentang tua, sensitifnya memang menebal, tetapi itu hanya dihati dan diluahkan hanya pada yang berhak, iaitu Penciptanya. Tangisnya senantiasa berlagu pada malamnya, tak pernah sekali ditinggalkan. Kadang kala, dia tak tertahan menanggung hidupnya didunia, namun kerana janjiNya, imam tua masih bolah bertahan. Imam tua rungsing memikirkan dunia sekarang. Dia tahu, dirinya bukan Imam Shafie, yang hebat dalam menyuarakan pandangan, namun dia juga punya kekuatan sendiri.
Yang muda dengan lagaknya, yang tua lain dengan gayanya. Mereka terus-terusan membutakan mata, memekakkan telinga akan hadirnya Dia dalam hidup mereka. Ada yang perasan dengan wujudNya Dia, namun tak sedar mereka semua mengikuti langkah si syaitan durjana. Terlalu banyak cerita dalam dunia, baik buruknya tak dapat nak dikira, dosa mungkin berganda-ganda, amal mungkin entah ke mana, pahala langsung tiada. Apa gunanya Dia membocorkan soalan yang bakal ditanya, jika jawapannya bisu membeku. Apa guna Quran dan hadith ditangan jika hati tak tahu erti menghayati. Sedihnya imam tua, imam tua tak dapat nak mewariskan sekelumit ilmu pada hati kecil pemuda.
Jika tak kerana Dia, imam tua tahu dia masih bodoh bagai si bodoh, sombong bagai si sombong, angkuh bagai si angkuh, dan kekal dalam kesesatan yang nyata. Jika dirinya membisikkan pandangannya, cerca yang bakal menimpa, jika dia senyap tak berkata, itu bukan sifatnya. Moga iman si imam tua makin marak membara dan terus menyala agar syurga tempatnya dia.
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadah sunat setahun.”
(HR Ibnu Hibban)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu"
(Al-Baqarah:216)
Saturday, February 5, 2011
Hak cipta menurut Islam
Kenapakah hakcipta diharamkan?
Apakah nas-nas (dalil) yang menyebut bahawa hakcipta adalh haram?
Apakah perbezaan di antara mencuri ilmu dan hakcipta?
Adakah meniru hasil penulisan orang lain tergolong sebagai perbuatan mencuri?
Tidak menghairankan jika didapati ramai orang Islam berpendapat hakcipta adalah halal kerana penguasaan pemikiran barat menusuk ke dalam pemikiran orang-orang Islam tanpa mereka sedari. Sebelum membentangkan hujjah bahawa Islam melarang hakcipta, umat Islam mesti faham bahawa jika orang-orang Barat membenarkan hakcipta terpelihara itu bukan bermakna umat Islam mesti menjadi pak turut dan bersetuju bahawa Islam juga menjamin hakcipta. Bagi membolehkan seseorang itu mengatakan ia dibenarkan atau tidak ; dalil (bukti) mestilah diperolehi dari Al-Qur’an atau Sunnah Atau Ijmak Sahabat (persetujuan para sahabat Rasulullah SAW) atau Qiyas. Dalil yang mengharamkan hakcipta adalah seperti berikut:
Rasulullah SAW bersabda: “Perkara paling yang kamu boleh dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. Walaupun begitu aktiviti menulis buku umpamanya hanyalah merupakan usaha merakamkan ilmu. Oleh kerana menyampaikan ilmu yang dirakamkan adalah sama dengan merakamkannya seperti dalam bentuk penulisan, kita dibenarkan oleh Islam untuk menerima bayaran. Rasulullah SAW pernah mewajibkan tawanan perang Badar mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebagai tebusan . Ini adalah bukti bahawa kita dibenarkan mengupah orang untuk menyampaikan ilmu.
Apabila ilmu itu telah disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan, maka ilmu yang diterima oleh seseorang itu menjadi haknya. Oleh itu, orang yang menerima ilmu itu berhak menyampaikannya kepada orang lain sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan dan boleh mendapat bayaran darinya. Oleh itu mereka yang diajar membaca dan menulis oleh tawanan-tawanan Perang Badar berhak mengajar orang lain tanpa mendapat izin dari orang-orang yang mengajar mereka. Tambahan pula, ilmu secara umumnya adalah dibenarkan (mubah). Dibenarkan bermaksud semua orang
Dibenarkan menerima ilmu, dibayar kerana mengajarnya (sesiapa sahaja yang mengajarnya dan tidak semestinya orang-orang yang mula-mula mengajarnya). Ilmu adalah hak milik sesiapa sahaja yang memilikinya dan bukan hanya hak milik orang yang mengajarkannya sahaja. Oleh itu, selagi seseorang memiliki ilmu, ilmu itu adalah miliknya tetapi jika dia mengajarkannya kepada orang lain, dibenarkan bagi sesiapa pun untuk menggunakan ilmu tersebut melalui sebarang kaedah tanpa izin pemilik ilmu yang asal.
Oleh itu tidak siapa berhak untuk memiliki hakcipta kerana apa yang ditulis dalam buku contohnya adalah ilmu. Selagi seseorang memiliki ilmu itu, itu adalah haknya tetapi apabila dia telah mengajarkanya kepada orang lain secara lisan atau penulisan atau melalui mana-mana kaedah, maka orang lain yang menerima ilmu itu berhak menggunakan ilmu itu termasuk menerima bayaran kerana mengajarnya. Oleh iut, membuat hakcipta adalah satu perbuatan yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT.
Menguatkuasakan peraturan hakcipta adlalah perbuatan mengharamkan ilmu dari diperolehi dan diajar dan ini bertentangan dengan Islam yang menggalakan pengembangan ilmu. Oleh itu, diharamkan bagi sesiapa pun untuk mempunyai hakcipta. Ini walaubagaimana pun bukan bererti bahawa apabila seseorang membeli buku atau program komputer contohnya dan mendakwa bahawa beliau (pembeli) adalah pengarang buku itu atau program komputer itu. Dakwaan seperti ini adalah pembohongan (Bukan tergolong sebagai perbuatan mencuri dan diharamkan oleh Islam).
Disamping itu, jika buku atau program komputer itu diperolehi secara sah disisi Islam, adalah milik orang yang memperolehinya. Oleh itu sebagaimana dengan barang pemilikan lain, buku atau program yang mengandungi ilmu itu boleh dijual, disewa, diajar dan sebagainya. Oleh itu sesiapa yang mengatakan bahawa seseorang boleh memiliki sesebuah buku atau program komputer yang ditulis oleh orang lain tetapi tidak boleh menjualnya atau menyewakannya atau menghadiahkan apa yang dimilikinya sebagaimana yang dibenarkan oleh Islam ke atas pemiliknya bermakna mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Islam.
Tentang isu mencuri ilmu seseorang, terdapat 3 syarat dalam Islam yang menjadikan sesuatu perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri:
(1) Mengambil barang tanpa mendapat izin pemilik barang tersebut.
(2) Mengambil barang dari tempat yang lazimnya ia disimpan.
(3) Nilai barang itu melebihi nilai minimum yang ditetapkan oleh Islam sebagai perbuatan mencuri.
Oleh yang demikian, perbuatan seperti meniru ilmu atau mengajar ilmu kepada orang lain atau mendapat bayaran hasil dari mengajar ilmu walaupun ilmu itu asalnya datang dari orang lain ia tidak termasuk ke dalam ketiga-tiga syarat yang ditetapkan di atas dan Islam tidak mengkategorikannya sebagai perbuatan mencuri..
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan pola pemikiran bukan Islam. Jadikanlah Islam sebagai mabda’/ideology yang memandu kehidupan kita.
Wallahu A’lam

Ubat bagi hati....Tombo Ati
Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.
Lima Perkara tersebut adalah:
1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama
Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2

~couple in Islam~
Topik ni dlu da pnah research da kat skola wak2 skola dulu la...
Tapi harini ade kawan minta research balik.......erm.
Bismillahirrahmaanirahiim.....
InsyaAllah..dpt berkongsi bersama dan dijadikan tazkirah untuk diri sendiri juga....
Ade sebuah kisah patut di jadikan teladan.....
CINTA HINA
Dalam satu riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Ammar Al-Jasymi yang dikenali sebagai al-qis kerana ketaqwaan dan kewarakannya.
Pernah suatu ketika kekasih beliau yang bernama Salamah berkata kepada beliau: “Demi Allah daku mencintaimu.”
Beliau menjawab:”Demi Allah daku mencintaimu jua.”
Salamah berkata :”Aku ingin meletakkan pipiku ke atas pipimu.”
Beliau menjawab: “Demi Allah daku jua ingin melakukan perkara demikian.”
Berkata Salamah: “Apakah yang menegahmu?”
Jawab beliau: “Ia akan mendatangkan kebencian.Aku mendengar firman Allah yang berbunyi ‘Pada hari itu sahabat-sahabat karib: sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain , kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)’.”
Beliau berkata lagi: “Aku tidak ingin terjadinya permusuhan di antara kita”.
Kemudian beliau beredar lalu kembali kepada ibadahnya.
Perkara ini ditempelak oleh ulama di atas beberapa sebab. Apakah peristiwa sedemikian dikira ibadah? Adakah ia kisah yang mengundang taqwa? Adakah perkara halal dan haram tidak dicampur-adukkan?
Jelas sekali beliau telah melakukan amal soleh kerana tidak memenuhi permintaan kekasihnya untuk melakukan cumbuan. Tetapi beliau juga telah melakukan maksiat kerana bertemu dengan kekasihnya di tempat yang tidak dilihat oleh orang lain dan berbicara tentang cumbuan sedangkan perempuan tersebut adalah perempuan ajnabiah.Hadis Rasulullah SAW: “Tidak bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan syaitan adalah yang ketiga di antara mereka.”
Seorang muslimah tidak seharusnya mudah rebah pada pujuk rayu juga tipu daya seorang lelaki setelah segala tarbiyyah Islamiyyah dipasakkan secara sempurna. Maruah seorang muslimah tidak mudah dijualbeli. Sekali ia musnah, maka fitnah akan memangkah umat. Berikut adalah dalil-dalil aqli bagi menghadapi lenturnya lidah si pendusta.
(1) "Kalau awak sayang saya, awak mesti tidur dengan saya."
=Menyayangi seseorang tidak bermaksud memusnahkan diri sendiri. Setelah diserahkan segala-galanya, pastikah dia milik kita? Banyak lagi pembuktian cinta yang boleh dibuat. Usah dicampur-adukkan nafsusarakah dan cinta yang kononnya suci dalam satu relung hati.
(2)"Apa bukti awak sayang saya?"
=Adakah wajar suatu perbuatan yang keji boleh menjadi bukti hakikat cinta yang suci. Andai benar hati yang dicintai, perlukah musnah sebuah maruah?
(3)"Kalau awak tak nak buat apa yang saya nak, kita clash je la!"
=Cinta mengajar kejujuran dan kesabaran. Hanya ketika nafsu menjajah hati, kesucian niat dinodai. Yakinilah sesungguhnya terputus hubungan dengan manusia jauh lebih baik daripada terputus hubungan dengan Allah. Dialah Pencipta cinta, Penentu taqdir dan Pentadbir hati. Andai benar lelaki itu benar untuk anda, memang tercatit di luh mahfuz untuk anda, maka pasti tuhan akan menemukan anda dan si dia dalam kemuliaan maruah.
(4)"Awak ni kolot. Takkan nak pegang-pegang tangan sikit tak boleh?? Awak tak sayang saya ke?"
=Kolatkah beramal dengan suatu aturan yang diatur oleh Pengatur yang telah mentadbir seluruh alam maya dan Dialah yang mengetahui dengan sebenarnya lubuk isi hati insan. Andai manusia tidak berkehendak menurutinya, maka manusialah yang kolot pemikiran kerana tak terdaya mengerti suruhan ilahi lantaran fitrah dikotori nafsu lantas mengelabui penglihatan hati.
(5)"Ala, tak pe la, kita kan akan kahwin jugak nanti, takpe la sikit-sikit."
=Jangan berkata seperti kita penentu taqdir. Telah tertulis di luh mahfuz sepotong nama sedang nama sedang manusia tidak mengetahuinya. Apa ertinya, dikorbankan maruah diri demi sesuatu yang tidak pasti.
(6)"Ala, awak jangan risau la, saya pasti akan bagi awak kebahagiaan punya"
=Andai anda mempercayai perkataan ini, terbuktilah bahawa kebesaran dunia telah bermuqim di kerajaan hati. Benarkah makhluk yang memneri kebahagiaan? Percayakah anda bahawa makhluklah yang mentadbir hati? Lupakah kita bahawa Allah s.w.t yang memberi manfaat dan Allah s.w.t juga yang memberi mudharat. Hakikat sebuah makrifat, makhluk langsung tiada kuasa. Maka, logikkah cinta yang ditadbir dan dicipta oleh Allah yang bersifat Khalik (menjadikan) dapat benar-benar bahagia dalam menuruti nafsu sang makhluk yang tidak punya apa-apa. Jujurlah dengan diri sendiri.
(7)"Kalau betul awak sayang saya, awak kena serahkan segala-galanya pada saya"
=Lupakah kita bahawa hidup dan mati untuk siapa? Usah besarkan cinta insan lebih daripada cinta tuhan. Insan tidak punya apa-apa. Serahkanlah segala-galanya kepada Allah. Fahamilah hati-hati yang mengingati yang Maha Satu akan mudah bersatu.
-KHATIMAH HIJAB-
Telah jelas hukum couple melalui ijtihad para mujtahid (ustaz&ustazah) yang thiqah. Terpulanglah kepada fatwa hati dalam membentuk keputusan terbaik. Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Amalkanlah bersolat Istikharah agar hidup lebih terarah.
copy from :zakizikr.blogspot.com
apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':
1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg
habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat
pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek..
kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan
awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat
tak takut pulak... )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa
sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada
usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya
tidak bercanggah dhn syarak.
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le
dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar
batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat
khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun
tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit
jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak
jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak
buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk
bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..
3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu
Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil
drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan
attraction between the charge can't be control to act in a much more
appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg
sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor..
dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga
kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana
baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak
boleh diabaikan...
4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun
aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang
pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan
lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL
(kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila
bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2
pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..
5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi
setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend..
mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..
6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada
satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek.
faktor sekeliling mempengaruhi suasana.
7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab
tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so
dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit
punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada
juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta
tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try
meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat
kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok
perasan cepat sgt..
9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk
lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment
ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah
perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula
tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...
10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek'
disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal
antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke
sebelum berjanji utk hidup semati...
alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram
akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W
"sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara
keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia,
maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya
ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)
1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah
melainkan ditemani mahramnya... .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan
dan bukannya kerana hawa nafsu...
Kami tidak berzina !…
Maaf saya tidak menuduh awak berzina,tetapi awak menghampiri zina.…..
Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan”(Tabrani) .
Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.
Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...?Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah :
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah) Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti…..
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati .
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Tapikan ade gak pendapat yang kate couple tu boleh.
ade sorang akhi tukan die bahas skali ngn ayat al-Quran lagi...:
Telah berKAta Akhi tersebut:
Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)
Ade sorang akhi ni..die ade pendapat yang berbeza.siap ade selit ayat Quran lagi pada hujahnye..
Telah berkate akhi tersebut :
Korang cakap kalaupun couple tapi tak penah jumpa...just sms dan ym ja...tu dikira berdosa sebab zina hati..tapi bukankah kalau ikut hadis ni..jika terdetik nak buat dosa pun tapi tak buat dikira dapat pahala jugak?
So kalau ikut apa korang cakap...Zina hati tu berdosa sedangkan ikut hadis cakap dapat pahala?
Sekarang ni sapa yang betoi..korang yang betoi ka...hadis yang betoi?
Aku mengaji agama takat sekolah menegah ja...so susah la nak paham..konfius betoi aku...??????..........
Tu kate akhi tu..bukan kate ana...Ana nie keras kepale kalau ana rase pendapat ana yang pertama tu betul.....ana pegang betul2...jadi ana tak terima pendapat akhi nie...kalau orang lain nak terima ......:) erm
"la takrabu zina."Ana nie bukannye huffaz......"jangan mendekati zina"....tu kan merupakan perintah Allah....Allah tak kate jangan zina...tapi jangan mendekati....ana bukannye nak tafsir sendiri ayat Quran.....(tp ana nk jd pkr bahase tau.my ambition)care mendekati zina tu rasenye macammane...Tepuk dada tanye Iman....
Ustaz ana pernah berpesan..(rindu kt ustaz)Pesanan ustazku:Jangan idamkan cinta makhluk..
Tapi idamkanlah cinta yang Esa..
Pasti cinta itu kekal.........{Ustaz Safuan}guruku....
Tu pesan ustaz ana.....Ana cume nk kongsi saje..........
wow dala sekarang bru habis tengok cerita La ikro ha fiddin.Seronok tau..
Tepuk dada tanya Iman......

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31) Sabda Nabi Muhammad:Balighul Anni walau Ayah...
Sampaikanlah dariku walau satu ayat..
Wallahu a'lam.......

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Sampaikanlah dariku walau satu ayat..
Wallahu a'lam.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lagu ni pernah sahabat ana sampaikan waktu sambutan Maulidur Rasul disekolah.......Subhanallah ,,,