Tuesday, September 16, 2014

Masih awal untuk ku part 4

Keluarga yang pertama, Cinta Allah yang utama.


  Cuti semester telah bermula. Diana bersemangat untuk pulang kerumah menemui keluarganya. Sudah sekelian lama dia tidak pulang walaupun tempat pengajiannya dekat dengan rumahnya. Konflik kecil dengan keluarganya dulu ingin dia lupakan. Masakan sang anak merajuk dengan ibunnya yang telah mengandungkannya 9 bulan dan melahirkannya itu. Sama sekali tidak berhak.

Kali pertama dia pulang kepangkuan keluarganya selepas memperolehi cinta.

"Bismillah, "Diana berdiri didepan pagar rumahnya. "Assalamualaikum" Diana memberi salam.
Tangannya menolak perlahan pagar yang tidak berkunci itu. Dia terlihat susuk tubuh lelaki sedang tidur di kerusi malas ditepi rumahnya.

"Atuk" sapa Diana perlahan. Dia tidak mahu mengganggu atuknya tidur.
"Diana, kenapa tak bagi tahu atuk yang kamu nak balik, boleh atuk ambil kamu dekat rumah sewa tu" jelas Atuk Diana selepas terdengar sapaan cucunya itu.

"jom masuk rumah dulu jom, mama kamu tak balik malam ni, semalam dia 'out-station' . " jelas Atuk Diana sambil mengangkat beg cucunya itu.

"Ya Allah balik dah cucu aku ni, lama nenek tak jumpa." kata nenek Diana sejurus melihat Diana.
"tengok tu tok, nenek over ,macam Diana tak pernah balik sebelum ni" jelas Diana bergurau.

Diana membawa barangnya ke biliknya. Matanya melilau-lilau seperti mencari sesuatu.
"Kim Jae Woon, walaupun kau 'hensem' aku perlu buang kau dari hidup ku. " desis hatinya sewaktu melihat biliknya penuh dengan poster artis k-pop.
tanpa dia sedari air matanya mengalir, melihat dirinya yang dulu.Seakan-akan dia mahu menjerit sekuat hatinya kerana malu dengan dirinya yang dulu. Dia melihat rak bukunya, penuh dengan majalah hiburan.
"aku perlu buang semua ni." tekadnya.

"Ni je lah yang nenek sempat masak, kalau kamu bagitahu awal-awal tadi boleh atuk kami pergi 'Giant' beli sayur" jelas nenek Diana sambil menghidangkan lauk-pauk.
"minta maaf nek, tadi Diana tertidur kat bilik." jelas Diana. "tak dapat nak tunjuk kat nenek 'skill' masak Diana" sambungnya lagi.

"Danial kat rumah abah ke nek? "tanya Diana.
"Dia gaduh lagi dengan abah kamu, dia balik sini, tapi tak tahu mana hilangnya entah, motornya sekali lesap, haritu kena tahan dah tak serik-serik bawa motor tanpa lesen, abah kamu banyak duit nak bayar saman dia kan, tegur karang melenting." jelas neneknya.

"Danish?" soal Diana lagi. Dia ingin mengetahui perihal adik dan abangnya. Adik perempuannya tinggal bersama ayahnya.
"Petang ni dia baliklah, sibuk dengan kerja dia kat luar tu. Adik kamu Dania baru semalam datang dengan abah, lawat mama kamu sebelum mama pergi kerja kat luar, ada dia tunjuk video pementasan teater kamu haritu." balas neneknya lagi.
"Tun Fatimah,pandai cucu atuk berlakon, macam 'real' pula atuk tengok" usik atuknya.

"esok kita pergi berkelah nak tak? lepas mama balik?'' pinta Diana.
------------------------------------------------------

"I'm sorry,." pujuk mama Diana setibanya dia ke taman tasik.
"dah biasa dah tunggu mama macamni" balas Danish.
Diana mencubit abangnya itu.
 "lets start from here" desis hati Diana.
----------------------------

Tersimpan hasrat kecil di hati Diana, dia mengharapkan ibunya itu menutup aurat, melengkapkan pakaian sebagai seorang muslimah. Namun berat lidahnya untuk mengutarakannya,khuatir akan melukakan hati ibunya itu. Doa dan tunjukkan dari dirinya, itu sahaja yang dia mampu setakat ini.

Dakwah, kepada keluarga sendiri yang paling mencabar.
Ibu mengertilah

Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya



Friday, September 5, 2014

Selendang untuknya.

بسم الله الرحمان الرحيم 



 Setiap kisah ada asalnya, setiap sejarah ada iktibarnya,kisah selendang tiada di cerita,hanya hati memendam rahsia.

Suatu peristiwa menyebabkan mula, asal bantuan ikhlas untuknya, dari sisi sahabat yang bertanya, tuan empunya malu bermuka.

Di pilih cantik sesuai seri, untuk di beri pada yang sudi,membina cinta agenda tersembunyi,diberi selendang ada erti.

Bukan rupa yang dipandangnya, asal cantik tutur bicara. asal tertarik tertib langkahnya.  

Kerana malu kau tak bicara,karib yang berani gantikan dia, segak mempelai bersama selendangnya. Si pemalu senyum dengan air mata.
Iktibar sahabat jangan lagi berduka, asal cinta terus dikata, namun yakin dengan janji Yang Kuasa, kalau dah jodoh memang tak kemana.

Untuk berjumpa cinta yang Esa, dibiar sengsara mengenal cinta, kerana memang berdiri sebuah cerita, Ada cinta diatas cinta.

Biar asal menjadi punca, biar kalam membawa makna, biar hati terus berbicara, biar sahabat rasa gembira. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here