Friday, February 22, 2013

Surat untuk Sungai Nil



Dicatatkan dalam kitab al-Syamil, Imam al-Haramain mengemukakan tentang Sungai Nil dan Saidina Umar.

Pada zaman jahiliyyah,Sungai Nil tidak mengalir sehinggalah dilempar seorang gadis kedalamnya. Namun ketika Islam datang perbuatan itu diharamkan.Sehinggalah Sungai Nil yang seharusnya mengalir tidak mengalir seperti biasa.

Penduduk Mesir mendatangi Amru bin Ash r.a lalu melaporkan bahawa Sungai Nil kering dan seharusnya mereka melempar seorang gadis yang dilengkapi dan perhiasan terbaik supaya Sungai Nil kekal mengalir seperti biasa.Kemudian Amru bin Ash r.a berkata kepada mereka "Sesungguhnya hal ini tidak boleh dilakukan kerana Islam telah menghapus tradisi tersebut".


 Maka penduduk Mesir bertahan selama tiga bulan dengan tidak mengalirnya Sungai Nil, sehingga mereka benar-benar menderita.‘Amr menulis surat kepada Khalifah `Umar bin Khattab untuk menceritakan peristiwa tersebut.

Dalam surat jawapan kepada Amru bin Ash r.a , Umar al-Khattab menyatakan" Engkau benar,Islam telah mengahapuskan tradisi itu. Disini aku mengirimkan surat padamu,lemparkan kertas itu kedalam Sungai Nil.

Ternyata surat itu ditulis oleh Khalifah Umar sendiri ."‘Umar untuk Sungai Nil di Mesir yang menyatakan, “Jika kamu mengalir kerana  kemegahan sendiri, maka jangan mengalir. Namun jika Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang mengalirkanmu, maka kami mohon kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa untuk membuatmu mengalir.”

Kemudian ‘Amr melempar kertas tersebut ke sungai Nil sebelum kekeringan benar-bcnar terjadi. Sementara itu penduduk Mesir telah bersiap-siap untuk pindah meninggalkan Mesir. Keesokannya, ternyata Allah Swt. telah mengalirkan sungai Nil enam belas hasta dalam satu malam.  

Jenis-jenis Akad jual beli


Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah:
  • Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (بيع السلعة بالنقد): iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contonya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya.
  • Bai’ al-muqayadhah (بيع المقايضة): iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan sebagainya.
  • Bai’ al-salam (بيع السلم): ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.
  • Bai’ al-sharf (بيع الصرف): iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.
  • Bai’ al-murabahah (بيع المرابحة): iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Bai’ al-wadhiah (بيع الوضيعة): ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu jaul-beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah.
  • Bai’ al-tauliah (بيع التولية): ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100.
  • Bai’ al-urbun (بيع العربون): iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan kepadanya.
  • Bai’ al-talji’ah (بيع التلجئة): ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang.
  • Bai’ al-wafa’ (بيع الوفاء): iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual.
  • Bai’ al-istishna’ (بيع الاستصناع): iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli. 
  • Bai’ al-inah (بيع العينة): iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.

 [Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sahih (صحيح) , batil(باطل), nafiz (نافذ), mauquf  (موقوف), lazim (لازم) dan ja’iz (جائز).]

  • Akad sahih ialah kontrak yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan tidak ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira sah dari segi pensyariatannya. Hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan qabul jika tidak ada khiyar dalam jual beli.
  •  Akad batil ialah kontrak yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya. Hukum kontrak seperti ini ialah tidak sah dan tidak melahirkan sebarang kesan sedikit pun.
  • Akad nafiz ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa untuk melakukannya. Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera sebaik sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan seseorang.
  • Akad mauquf ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung dan rugi. Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak yang berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau meluluskannya maka kontrak itu menjadi batal.
  • Akad lazim ialah kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli.
  • Akad jaiz ialah kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.

Khulasoh Ringkas "Akad"


Khulasoh Ringkas  mengenai Akad dalam pembelajaran Fiqh Muamalat.

[kelas Dr.Hammad Azzam]

Istilah akad yakni perjanjian.Kata akad berasal dari al-'aqd yang bererti: mengikat,menyambung atau menghubungkan juga membawa maksud pengukuhan.
Dan adapun dari istilah Fiqh membawa maksud : pernyataan 2 pihak atau lebih( ijab qabul) yang menghasilkan hukum syar'ie yang melazimkan salah satu pihak atau kedua belah pihak.

 *Rukun akad :

disisi Hanafiah--> hanaya sighah (ijab wa qabul)
disisi Malikiah,Hanabilah dan Syafiiyyah ---->  1)Sighah (ijab wa qabul)
                                                                       2)Aqidan.(pihak yang akan melakukan akad)
                                                                       3)Mahal akad (objek akad)
Syarat Sighah :  
1)dengan lafaz madhi
2)ittihad majlis(berada dalam satu majlis  yakni baii' wa musytari)
3)jala'ul ma'na  (membawa maksud yang jelas ketika akad)
4)bersepakat ijab dan qabul pada setiap wajah.
5)dengar dan faham setiap lafaz yang diakad

*Syarat akad dengan Aqidain.
 
1)Berakal.
2)Baligh( kanak-kanak tidak berakal dan tidak baligh.)[disisi Assyafie --> tidak boleh walaupun mumayyiz] 
             [Fuqaha' membahagikan kanak-kanak kepada dua : i-  mumayyiz
                                                                                            ii-ghairu mumayyiz
             

*Mahal Akad (objek Akad)
1)mal mutaqawwum (harus pada mafaatnya)
[namun yang tiada padanya manfaat tidak harus.misal: khamar dan khinzir]
2)qabul mahal hukmil akad.-->  berpindanya pemilikan dari penjual kepada pembeli
                                                 berpindah wang dari pembeli kepada penjual
                                              
Wallahu a'lam  :)

Wednesday, February 20, 2013

♥ ¸..•¤*¤•.,♥.•¤**Bintang dari ku♥ ¸..•¤*¤•.,♥.Part 2



I have closed the door on my past and opened a new one to step through and move forward into the future. I have renewed hope in my heart, a spring in my step and I will make the next chapter of my life one to remember!

*******
"Akh..tunggu sebentar.. ana ada soalan mau nanya"tegur Auni, "iya ukht.. "Umam membalas sopan. "macam mana nak mula ye.."Auni berbisik perlahan."dah dua bulan kan akh Ghufran pulangkan?ada tak dia tinggalkan apa-apa pesanan" .Tanya Auni. "Pesanan...owh iya.. asif ukht..enggak ada."balas Umam sambil melemparkan senyuman pada Auni. 

Tuesday, February 19, 2013

♥ ¸..•¤*¤•.,♥.•¤**Bintang dari ku♥ ¸..•¤*¤•.,♥.Part 1

"Yuni, bulan 3 ni insya Allah kita akan pulang , Ghufran dah hias rumah kita cantik-cantik,moga cepat sembuh sayang, ada dua bayt syair lagi sayang tak balas" kata-kata yang selalu Ghufran ungkapkan selepas membaca surah Yassin untuk Isterinya. Hampir seminggu selepas kemalangan itu Ayuni terlantar koma di hospital.
حِيْنَ أَكُوْنُ عَاشِقًا
أَشْعُرُ أَنِّي مَلِكُ الزَّمَان
أَمْتَلِكُ الأَرْضَ وَمَا عَلَيْهَا
وَأَدْخُلُ الشَّمْسَ عَلَى حِصَانِي
(Nizar Qobbani)


Bait awal  syair Nizar Qabbani "ketika aku menjadi Pencinta" membisik-bisik ditelinga Ghufran.Ayuni sering bertanyakan maksud kepadanya. "Hiina akuna a'syiqan..kini aku yang menjadi perindu gelak tawanya."bisik hatinya sendiri.
******
"Eh, akhi ,buku akh ada dekat ana" jerkah Auni pada Ghufran."di mana ukhti jumpa kitab ana ni"soal Ghufran ."kapan kitab mu ada padanya akh" usik Umam. Auni dengan sengajanya sahaja mengambil kitab Ghufran secara senyap.Sudah lama dia memendam perasaannya pada Ghufran.Dia sengaja mencuri perhatian Ghufran."makasih ya.." Ghufran mengambil bukunya itu lalu pergi.

"orang da bagi buku dia cakap terima kasih je" keluh Auni." Dah la tu Un,mungkin dia nak cepat ke tadi,kau pun satu, tak segan ke dengan kawan-kawan dia?" Aliah menyampuk. "Aku tak main-main la Lia.Aku betul-betul suka kat dia.Aku cuma nak dia tau.. tak salah kan?" jelas Auni.

Seusia solat witirnya Ghufran seperti biasa dia akan membuka kitab untuk mengulangkaji. "bismillahirrohmanirrahim.. eh kamu punya ya Umam kertas ni..ada selit dikitab ku." Ghufran hairan bagaimana ada sehelai kertas dilipat kemas dalam kitabnya. "bukan Ghuf,coba kamu baca,  bisa saja dari cewek tadi" Umam sekali lagi mengusik. "Ada saja kamu ni " sambil tangannya ralit membuka lipatan kertas itu.

Assalamualaikum saudara,
maaf jika coretan saya ini mengganggu saudara. Mungkin saudara tidak mengenali saya.Saya sudah lama memerhatikan saudara. Saya tahu kita berlainan negara.Namun itu tak menjadi masalah untuk saya jatuh cintakan? berlainan negara bukan berlainan bangsa. Saya mengenalkan diriku pada saudara. Nama Auni, dari Malaysia. umur  20 tahun. Saudara tak payah susah-susah balas surat ni tau.Sebab saya dah tahu semua tentang saudara. Asal mana tinggal mana. Jika saudara tertarik untuk mengenali saya juga, silakan mesej ke nombor yang tertera di sampul surat ini. Sekian..Salam taaruf ..
Auni

"Astaghfirullah.. apa yang perlu aku lakuin.. "Ghufran mengeluh nafas panjang. "hendak di balas ato tidak .suratnya gak kata apa perlu aku lakukan jika gak mahu.. " bisiknya perlahan.. "Apaan sih"Umam menarik surat yang berada di tangan Ghufran ."aku udah bilang sama kamu tadi.. benarin kan.. hahaha.. "gelak Umam setelah habis membaca. "Aiwah.. cewek ini memaksa mu Ghuf.. jelas sekali kamu perlu ketemui dia..jika kamu biarkan kesian dia" sambung Umam. "jika  balas.. hurmm.. Fitnah nanti" jelas Ghufran khuatir . "ikut katamu Ghuf.. " balas Umam.

"Auni.. kenapa sengih sorang-sorang macam kerang busuk ni."jerkah Alia."bagi salam dulu boleh tak" jawab Auni sambil menepuk Alia. "ha.. dia datang da.. ok tak aku." tanya Auni tiba-tiba. "Ghufran la tu.. "keluh Alia.

Ghufran berjalan masuk kedalam kelas. Dia tahu Auni melihat kearahnya ,namun dia mngendahkan. Baginya surat semalam yang dia dapat hanya sekadar gurauan.Seusai tamat kelas pengajian,Auni berlari-lari anak mengejar Ghufran. "Akh ..tunggu akh.. dapat tak surat yang saya letak dalam kitab akh semalam." tanya Auni tanpa segan silu dihadapan kaki lima kelas. "kita bincang belakang ya. Saya ada perkara lain .permisi"jawab Ghufran.Pandangannya ditundukkan untuk mengelak dari fitnah. "la takrobu zina"bisik hati Ghufran sambil menghela nafas. 

"maaf dik..boleh kita bercakap sebentar"sapa Kak Yana.Salah seorang senior yang amat mengambil berat hal ehwal pelajar junior."boleh je kak."pantas disambut Auni sambil menghadiakan senyuman lebar padanya. 
"Adik ada apaapa urusan ke dengan pelajar indonesia tadi tu? akak nampak bukan main laju adik kejar dia." soal Kak yana.Auni tersenyum malu,detik hatinya mengatakan Kak Yana seorang penyibuk.Lantas dia menjawab"a'ah ada.. kami kelas sama, nota dia bagus.."jawab Auni. Memang diakui nota hasil dari ghufran amat bagus dibuat rujuakan.Pernah juga Auni dan sahabat-sahabatnya meminjam nota dari Ghufran. "adik belajar elok-elok ye.. belajar rajin-rajin,"pesan Kak Yana sambil melangkah pergi.

"mungkin sebaiknya aku balas suratnya itu. kasihan aku melihatnya.."bisik hati Ghufran sambil membelek telefon bimbitnya."3 misscalled dari bunda" laju Ghufran berjalan pulang untuk menghubungi ibunya. 
"bunda.. jelas enggak bun" tanya Ghufran kepada ibunya melalui Skype."jelas,anak ku.. gi mana pelajaran mu? kangan bunda sama kamu.ayah mu ada juga disini." jawab ibunya."ia..Ghuf disini sihat walafiat bunda,yah..Ghuf kangan juga sama kalian."balas Ghufran. "Ghuf.. ayah mahu nanya sesuatu sama kamu. ini mengenai soal jodohmu.apa kamu sudah ada calon menantu untukku" "ngapaiin nanya sebegini padaku yah.. tak cocok lagi utnuk Ghuf."balas Ghufran. Terlintas difikirannya mengenai Auni tadi.
"bukan apa nak.. jika kamu udah ada yang berkenan..bilang saja pada bunda,akan segera bunda lamar untukmu..Ayah mu pinginan cucu segera.."pinta ibunya."Auni" terlintas difikirannya mengenai gadis itu."apa bisa aku khabarkan saja pada orang tua ku tentang dia."monolog dirinya sendiri.


"Assalamualaikum.. Auni ya disana." Ghufran memberanikan diri menelefon nombor yang tertera di surat itu.
"waalaikumussalam.. a'ah.. sapa ni?" balas Auni ."hurmm.."menghela nafas.Dia cuba untuk berani."ini ana,Ghufran." Auni terpaku sebentar.Tergagap juga dia hendak berkata-kata."Insya Allah lagi 1 bulan ana akn pulang ke Indonesia.jadi ana mau nanya sama kamu..kamu benar-benar meminati ana ato enggak?"keberanian perlahan-lahan hadir pada Ghufran."jika benar,aku mahu mengkhitbahmu,apa ukhti sudi menerima ana.? " Auni masih lagi mendiamkan diri."semoga dapat memberi jawapan pada ku secepat mungkin ya,Assalamualaikum"Ghufran mengakhiri percakapannya lalu segera meletakkan telefon.

"
"Tidak akan kecewa orang yang mahu mengerjakan Istikharah"(Solat),tidak akan menyesal orang yang suka bermusyawarah,serta tidak akan melarat orang yang suka berhemat(sederhana)
HR.Imam Thabrani

"Cinta tanpa ikatan, mengundang fitnah,cinta yang dibuai janji,khuatir di sakiti."  Sebulan sudah berlalu. Ghufran baru menamatkan Ijazah Sarjana Muda nya. Dia menunaikan janjinya untuk pulang ke pangkuan keluarganya. 

*******

"Ghufran,bunda udah ketemui seorang gadis,cocok bangat denganmu,santun orangnya.Saudara jauh kita,Bunda fikir jika Ghufran dengan dia bagus juga ya." jelas ibunya sambil menghidangkan makanan diatas meja."iya Ghufran.ayah pun fikir begitu juga,pingin benar ayah bermenantukan dia..siapa namanya bunda?" sambung ayah Ghufran lagi."orang dari Malaysia..saudara jauh kita..jika bisa disambungkan ikatan keluarga itu bagus bangat." jelas bapanya lagi. "tapi Ghuf udah ada bunda ayah."jelas Ghufran. "kapan kamu berani berpacaran ini Ghuf..ayah enggak pernah ajarin kamu ..Astaghfirullah.. "Ayah Ghufran meninggikan suaranya.Tidak pernah dia marah sedemikian rupa.Sambil memegang dadanya."Ayah..sabar ayah.."ibunya menenangkan ayahnya,Lantas ayah Ghufran meninggalkan makan malamnya dan terus keluar bermunajat di masjid.

"Bunda tidak pernah mahu memaksa kamu..ayah pun begitu..mungkin kerana dia sudah mengkhitbahkan gadis itu jadi dia malu untuk menarik kembali.Lagi pula gadis itu anak ibu saudaranya sendiri.Ayah banyak terhutang budi dengan keluarga mereka sebelum kami bernikah dahulu."jelas ibunya.Ghufran tersenyum walau hatinya sedikit terluka."siapa namanya bunda.secantik bundakah dia?"Ghufran mengusik ibunya.


"Aku terima nikahnya Ayuni binti Hafiz dengan mas kahwin 80 ringgit tunai"  

"bulan depan kita pulang ke Malaysia ye bang,tiket nanti Yuni booking online" jelas Ayuni sambil melihat harga tiket di internet. "apa saja untuk mu sayang" jawab Ghufran ringkas.Genap 2 bulan sudah pernikahan mereka. Ayuni seorang isteri yang taat dan solehah dan Ghufran menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.


حبيبتي
حبيبتي : إن يسألونك عني 
يوما، فلا تفكري كثيرا 
قولي لهم بكل كبرياء 
((... يحبني...يحبني كثيرا )

Kekasihku: Jika ada yang bertanya kepadamu tentangku
maka jangan berfikir banyak

Katakan pada mereka dengan penuh bangga
((...Dia mencintaiku.sangat mencintaiku))
Nizar Qabbani~kekasihku


Saturday, February 16, 2013

(¯`*•.¸♥Ayah ~ walid♥¸.•*´¯)


"ni mira anak jeff ye?? " "anak cik jep kan? " "eh,anak jep la ni kan??"

Soalan yang sering mereka tanya kepadaku jika aku lalu di situ.. dengan bangganya aku akan menjawab..
"ye kak" "a'ah cik.." "hurmm ye saya anak jeff"..

Jafri thats my ayah's name.. cikgu always said.. "letak nama ayah time isi nama kamu.. x sayang ayah ke?"
ye cikgu saya sayang sangat ayah.. tpi nama saya panjang sangat banyak aksara kena letak.

Ayah the first man in my life.. he teach me to be strong like my beautiful names. he is the first person that I always want to make proud.

My beloved walid, he also always staring me without my knowing..  medical check up .. he always stay beside me.. Optometrist.. every month I will go with him.. I scared to be blind.. nau'zubillah...
He always told me.." xde apa2 tu.. doktor tu main2 je" ..

Satu-satu ujian Allah bagi dekat anak ayah ni.. banyak nak guna duit untuk berubat..sihat yang ni..datang yang lain..

Ayah.. before I always think you are fierce like LION.. I always been punishing .. dulu pelik..kenapa marah mira je.. . sekarang bila ingat balik nak tergelak.. dah mira sorang je nakal.. adik-adik mana nakal.. semua baik-baik.. baru paham kenapa.... (you are really stubborn before,da lah keras kepala,panas baran..teruk teruk)

Asrama time... tempat didikan akhlak dan jiwa.. disini tempat belajar cinta akan perjuangan Islam.. Allah .. Medi.. :) .  bahagia Allah letakkan disini.. tapi.. Allah uji dengan ayah..
kesihatan x menentu..keluar masuk hospital.. semua tanpa pengetahuanku.. sengaja dirahsiakan agar mira tak risau..itu katanya.. tapi.. Mira sendiri yang call tak diangkat.. tak dijawab.. serius memang risau..

Ayah .. he always busy with he duties,, but I know he miss me..  I never ask them for come to visit me.
but I really dont care about it.. i know its very far and take a long journey . But when I had a conservation with you in the phone.. I'm really glad for being your daughter..

You has many daughter .. I just want to be the best for you.. but i also want all my sister be the best for you..
and my brother.. I hope all of us can be the best child for you.. I know you are suprised when I called to you for ask your  permission .. sorry dad.. I just want you to know who is my friends,with whom I had falling love..with whom HMMmmmm..... and all ..(just secret among us)

"Mira sihat?? ..ayah ada kerja ni.. jaga diri elok2"  perbualan yang pendek.. jawapan rinduku dibalas.. walaupun pendek dan ringkas..Mira tau.. ayah rindu Mira jugak.. :)

Now.. I never think I'm big enough.. I always need you to guide me.. "He" that I told you before?? he couldn't replace you .. I really falling love with you everyday and every second.. I miss you ..


yes.. I'm in love with you..
~doa .. doa ..doa.. jadikan kami anak yang soleh dan solehah buat ayah dan ibu.. doa.. moga Allah kabulkan doa ibu dan ayah.. ~


♥ Respect Your Father
He would have Lost his Sleep to take care Of You

♥ He would have Lost All his Savings to give U graduation..
And to Make You Lead a luxurious Life.

♥ He would have not even taken Care Of his health... He Is the One Who Sheds his Personal Interest for Your Prosperous Life.

♥ LOVE Your FATHER For His SACRIFICE ♥

 ¸..•¤**¤•.,♥.•¤**¤•.*.•¤**¤•.♥¸. •¤**¤•.  

~berita untuk kawan ~ pesanan ringkas dari mu untuk ku... 

marwamiraAssyahidah




Jangan terlalu Berharap



Menanti cinta memang memenatkan,
Menunggu hari agak membosankan
Mencintai itu ibarat menggenggam sebuah pisau ditangan, ia akan membuat kita terluka ketika kita menggenggamnya terlalu erat.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, bukan­ kerana orang itu berhenti mencintai kita, atau kerana ia tidak memperdulikan kita lagi,melainkan saat kita menyedari bahwa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepasnya.

Tetapi, apabila kita benar-benar tulus mencintai seseorang, janga­n dengan mudah kita melepaskannya.Jangan terlalu mudah..

Cintai seseorang tanpa melihat, tanpa mendengar dengan setulus hati dan seutuhnya rasa yang kita miliki

Sebab bila mencinta dengan pandangan disaa­t ia pudar boleh  saja cinta itu pupus.

Bila mencintai dengan pendengaran, dis­aat tak terdengar lagi boleh saja cinta itu hilang.

Mencintai seseorang bukan apa-apa, jangan terlalu berharap akan balasannya.

Dicintai seseorang adalah sesuatu yang boleh menjadi berkah dan boleh  juga menjadi fitnah.

Dicintai oleh orang yang kita cintai sangatlah berarti, maka syukuri dan nikmati.

Namun jika terlalu bersangka positif terhadap cinta,kadang-kadang sakit tak mampu kita hadapi..
jangan kerap berpositif,jangan selalu bernegatif.

Tetapi dicintai Sang Maha Pencipta adalah segala-galanya,­ kerana segala macam cinta ada dalam genggaman-Nya. 

Tapi jika suatu hari..cinta yang sebenar2nya hadir.. ia takkan pernah meminta kita tunggu.. 

~jangan sibuk nak masuk dalam ruang hidup dia..jika dia benar2 mahukan kita..dia sendiri akan memberi ruang dalam hatinya untuk kita~
~but if u never asked me to stay.. i will left u ..I also need to give another a chance also~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here