Friday, September 5, 2014

Selendang untuknya.

بسم الله الرحمان الرحيم 



 Setiap kisah ada asalnya, setiap sejarah ada iktibarnya,kisah selendang tiada di cerita,hanya hati memendam rahsia.

Suatu peristiwa menyebabkan mula, asal bantuan ikhlas untuknya, dari sisi sahabat yang bertanya, tuan empunya malu bermuka.

Di pilih cantik sesuai seri, untuk di beri pada yang sudi,membina cinta agenda tersembunyi,diberi selendang ada erti.

Bukan rupa yang dipandangnya, asal cantik tutur bicara. asal tertarik tertib langkahnya.  

Kerana malu kau tak bicara,karib yang berani gantikan dia, segak mempelai bersama selendangnya. Si pemalu senyum dengan air mata.
Iktibar sahabat jangan lagi berduka, asal cinta terus dikata, namun yakin dengan janji Yang Kuasa, kalau dah jodoh memang tak kemana.

Untuk berjumpa cinta yang Esa, dibiar sengsara mengenal cinta, kerana memang berdiri sebuah cerita, Ada cinta diatas cinta.

Biar asal menjadi punca, biar kalam membawa makna, biar hati terus berbicara, biar sahabat rasa gembira. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here