Saturday, January 9, 2016

Bumi Zuhud itu.

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah, hampir setahun sudah menamatkan pengajian di bumi barokah Urdun. Berbulan juga memujuk hati yang merindui bumi Syam itu. Simpan niat moga suatu hari dapat ku jejak lagi bumi bertuah itu.

Thumma alhamdulillah pengalaman paling di nanti, menjejaki bumi zuhud.

Merancang dengan kewangan yang "cukup tak cukup".Hanya berbekalkan yakin pada Tuhan. Aku bersama dua sahabat fillah musafir di bumi asing.

Dari Urdun,kami bermalam di Queen Alia Airport, (pergi awal risau jalan tutup akibat salji).
Pengalaman pertama tidur di 'airport'. Berbantalkan Iman,bertilamkan sabar. Alhamdulillah. Walaupun dok bergaduh juga dengan makcik2 kat sana.
2015 Jordan 
Langkah musafir diteruskan, singgah sebentar di Saudi, hajat nak buat Umrah jika 'flight delay'.Tapi Allah susun lebih cantik . Allah memudahkan perjalanan kami terus sampai ke bumi Zuhud. 
Alhamdulillah a'la kulli nikmah.


Dari Urdun,berpakaian hampir 4 ke 5 lapis, dengan kot tebal , bersuhukan -2celcius ke negara asing yang suhunya 54 darjah celcius. Huh. A'jib.
Sampai juga aku di bumi Zuhud ini. 
Selepas puas menangis di terminal airport. Naik Hilux pula.  :)


Panas. MashaAllah memang panas. Masyarakatnya berkulit hitam,namun hati seputih susu. 

-----> InsyaAllah will be continue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here