Sunday, February 9, 2014

♥ ¸..•¤*¤•.,♥.•¤**Bintang dari ku♥ ¸..•¤*¤•.,♥ Part 4

"Kehidupan rumah tangga adalah hayatul amal, ia di warnai oleh beban-beban dan kewajipan"
Imam Hassan al-Banna




Ibu Auni sudah menerima cincin tanda dari keluarga pihak lelaki.Dia kini hanya menunggu kepulangan puterinya Auni untuk meminta keputusan. "ma,Auni da istikharah dah.. tapi tak mimpi apa-apa pun."jelas Auni . "nak,istikharah tu bukan hanya pada mimpi, antara petanda yang Allah nak bagi seperti hati kita lapang,jiwa kita tenang .. bukan pada mimpi sahaja..sebelum istikharah buat solat taubat dulu,minta Allah bersihkan hati ."balas ibu Auni .

"Auni , kak yana suruh call balik.tadi dia call hang ,hang tengah solat." jelas Anisah. "kak yana, hurm hang ada kredit dak aku dah habis langsung ni" tanya Auni kepada Anisah. "nah,jangan gayut lama,tengah bulan aku tak mau topup lagi " ,gurau Anisah.


"akak nak sampaikan satu berita gembira pada Auni sebenarnya ni.kawan akak kak Ita, dia minta akak sampaikan pada Auni yang Ghufran dan keluarganya nak mai sini nak jumpa Auni" jelas Liyana.Dia merasa bahawa Ghufran dan keluarganya datang menemui Auni adalah untuk melamar Auni. "family yang akhawat minta nak tumpang rumah Auni. Siap diri elok-elok ye dik ,apa-apa berita gembira habaq akak jugak noh" sambung Liyana .

"Allauakbar" Auni tergamam, "apa yang aku nak buat ni, nak kemas rumah,layan bakal family, Allah" monolog Auni lagi. "Alia, nisa!! " jerit Auni. Sahabatnya terus berlari kearah  Auni . "ok tak ni,sabaq weyh," Alia dan Anisah memegang erat tubuh Auni. "astaghfirullah" Auni tersenyum,"ish bukan-bukanlah korang ni, family Ghufran nak mai tidoq rumah ni" jelas Auni sambil menjeling gembira pada sahabatnya. Mereka ketawa bergembira,menyediakan yang terbaik untuk tetamu, dan menanti juga sesuatu berita.

-----------------------------------------------
"akak letak barang kat sini, akak tidoq dengan kami malam ni kan?" soal Alia saat membawa beg Ayuni ke bilik yang mereka telah siapkan. "boleh ke ni akak tumpang, Abang Ghufran tidur rumah kawan dia," jelas Ayuni ."ni Auni ke?" soal Ayuni terus.Auni yang masi didapur rumah mereka terus keluar ke ruang tamu untuk berjumpa Ayuni."eh,tak kak,saya Auni, yang ni sahabat saya," Auni terus menyampuk. "laju ja noh hang",ejek Anisah dan Aliah. "Akak ni orang  Malaysia ke? kakak Ghufran? " soal Anisah setelah mendengar dialek pelat Kedah Ayuni. "Auni ni kak,minat dekat Ghufran, akak datang berdua je dengan Ghufran eh." sambung Anisah sambil mengusik Auni. 

Ayuni memperhatikan tingkah-laku Auni. Dia merasa senang dengan sikap Auni yang baginya agak lucu.Dia yakin Auni boleh berkongsi baik dengannya. Ayuni masih tidak memberitahu mengenai dirinya. Kisah Nabi Ibrahim yang mengaku Saidatina Sarah sebagai saudaranya itu dijadikan hujah untuk dia terus menyembunyikan dirinya sebagai isteri kepada Ghufran. "Gunaydin adik-adik" ucap Ayuni yang baru pulang kerumah sewa Auni. Ayuni semalaman keluar berjalan bersama Ghufran. "gunaydin, akak jom breakfast sekali, ni je yang kami ada. malam tadi akak naik 'telefrik' ke?" tanya Aliah langsung mengajak Ayuni untuk bersarapan bersama mereka."patutlah kalian susah nak tinggalkan bumi tarbiyah ni. subhanallah cantik sangat tak dapat akak nak gambarkan."balas Ayuni.

"Auni, akak sebenarnya datang kesini ada hajat," Ayuni merenung Auni . Aliah dan Anisah masing-masing mengenyit mata tanda mereka sudah jangka mengenai perkara tersebut. Ayuni bangun lantas duduk disebelah Auni serta mencapai  lembut tangan Auni.Ayuni menghela nafas panjang kemudian mengukir senyuman pada Auni."Auni muat tak cincin ni?" sambil menyarungkan cincin pada jari manis Auni. "sudikah Auni menjadi pelengkap hidup Ghufran?" tanya Ayuni. Auni terdiam kaku,bisu tanpa jawapan . Dia membalas senyuman Ayuni dan tanpa sedar membentuk kaca dihujung matanya. Ayuni memeluk tubuh Auni yang kaku itu,sambil membisikkan di telinga Auni. "Adik solat ,tanya keluarga,jika 'on' akak dan keluarga akan terus berjumpa dengan family Auni dekat Malaysia." "ya Allah ,betul ke tindakan ku ini. Ya Hayy,Ya Qayyum"bisik hatinya sendiri seketika Ayuni menahan air matanya,tubuhnya sendiri menggeletar. "ya ini pilihan ku."sambung bisikannya lagi. 



"Apakah itu dinamakan cinta andai tiada pengorbanan"
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada yang mustahil untuk membuktikan cinta pada Allah. Ayuni memberi masa pada Auni berfikir sementara dia bersiar-siar melawat tempat pengajian Ghufran. Dia masih lagi tidak memberitahu mengenai dirinya pada Auni. "Andai ini kisah cinta kita yang terakhir, mas perlu terus melangkah, Yuni nak seorang suami yang gagah dan tampan berjalan megah meniti hari tanpa Ayuni suatu hari nanti,teruskan dengan jalan dakwah mas,didik anak kita nanti ikut acuan Quran ya mas." pinta Ayuni. "apa yang Ayuni katakan ini. masakan mas bisa hidup tanpa mu sayang". jelas Ghufran yang tiba-tiba sedar perubahan pada isterinya itu."cemburu ya,kan ku sudah bilang awal pada mu dahulu,hahaha "sambungnya lagi sambil mengusik isterinya. "kamu masih lagi punya waktu untuk tarik kembali permintaan mu itu, mas kan cuba jelaskan pada Auni,dia akan faham." . "Tiada bukti yang aku ada untuk mempersembahkan cinta ku pada Allah,moga ini bernilai ibadah" bisik hati Ayuni.

Malang tiada pernah berbau,hadirnya sebagai ujian, dengannya menambah iman dan darjat. Ketika sedang memandu, lori dihapan menggunakan lampu yang tinggi menyebabkan Ghufran silau. Kereta mereka hilang kawalan dan akhirnya telah melanggar pembahagi jalan. Ayuni dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan sepenuhnya dan dia berada dalam keadaan koma. Ghufran hanya mengalami luka-luka kecil. Jika itu yang dikehendaki Allah ,ia tetap akan berlaku. Auni akhirnya mengetahui juga . 

Setahun telah berlalu,Auni telah menamatkan pengajiannya dan sedang menyambung pengajiannya untuk peringkat Master dalambidanya, Ayuni pula setelah melahirkan anak melalui proses pembedahan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. "nama anak ini siapa mas? " "Auni Ayuni" monolog Ghufran sendirian sambil mengenangkan arwah Ayuni.
 "Didik Auni Ayuni ni betul-betul jangan salah langkah." Pesan Auni pada Ghufran. "jika nak yang nakal panggil aja Auni jika mahu lembut seperti ibunya Ayuni"sambung Auni lagi sambil bermain-main dengan puteri kecil Ghufran itu. "ini bintang penggantinya. bakal serikandi Islam"balas Ghufran. Auni mengambil bayi dan meletakkanya ke pangkuan suaminya Hidayat. "awak, nanti kalau bayi kita ,saya nak letak Puteri  . Semua kena ada Puteri" kata Hidayat sambil mendukung Auni Ayuni.

"ini bintang Ayuni untukku'' ---> Ghufran


________________________________________________________

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.~Buya Hamka.

teruskan bersangka baik dengan Allah, He knows the best and the right time. jangan pernah lelah dalam perjuangan, mati tak pernah kata tunggu. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here