Wednesday, February 20, 2013

♥ ¸..•¤*¤•.,♥.•¤**Bintang dari ku♥ ¸..•¤*¤•.,♥.Part 2



I have closed the door on my past and opened a new one to step through and move forward into the future. I have renewed hope in my heart, a spring in my step and I will make the next chapter of my life one to remember!

*******
"Akh..tunggu sebentar.. ana ada soalan mau nanya"tegur Auni, "iya ukht.. "Umam membalas sopan. "macam mana nak mula ye.."Auni berbisik perlahan."dah dua bulan kan akh Ghufran pulangkan?ada tak dia tinggalkan apa-apa pesanan" .Tanya Auni. "Pesanan...owh iya.. asif ukht..enggak ada."balas Umam sambil melemparkan senyuman pada Auni. 



"Dah dua bulan.. nak call takde nombor dia.. dia ni betul-betul ke cakap ari tu.. ke aku je berangan."keluh Auni sendirian. Anisah salah seorang teman serumah datang menghampiri Auni sambil membawa kuih "ghodok pisang"(sejenis kuih Pattani) "Auni meh makan sekali.Nisa baru siap buat kuih ni."ajak Anisah.
"ko makan la dulu Nis,ada tak Alia datang rumah tadi.?" soal Auni .Auni makin berubah menjadi murung dari dahulu dialah yang menceriakan rumah itu. Anisah makin mendatangi rapat pada Auni,sambil meletakkan tangannya dibahu rakannya itu."Auni kan suka ghodok pisang ni..meh makan,nanti habis."pujuknya.Auni hanya mendiamkan diri sepertinya dia memikirkan sesuatu. "pasal exam ke ni?"sambung Anisah."takla.. aku ok je la Nisa.. "balas Auni sambil mengeluh panjang."okla kalau macam tu..kalau ada apa-apa masalah pintu bilik Nisa sentiasa terbuka untuk jadi pendengar setia Auni" Nisa memujuk.

"korang tau tak markah exam dia turun" "kesian dia" "kenapa??" " dia ada masalah ke?" rakan-rakan Auni bersembang mengenainya. Mereka makin merasai perubahan pada diri Auni. Hadir lewat ke kelas,tidak menjawab salam sahabat-sahabat,kerap tertinggal buku dan tidak peramah seperti dulu. "Alia,aku rasakan aku nak berhenti belajar,nak balik Malaysia,study kat sana je.Aku takde semangat dah ni" Auni mengadu pada Aliah."ko rindu sangat ke kat budak Indonesia tu? Aku ingat ko main-main je, Allah masih bagi ko peluang lagi.. ko pegi mengadu pada Allah.Allah yang memberi masalah pada ko..jadi pada Allah gak lah ko minta penyelesaian masalah tu.Kalau ko crita kat aku pun mungkin aku tak paham atau nasihat aku tak sesuai dengan keadaan ko sekarang ni.Aku bukan dokter hati..Allah Dia lah doktor hati."pesan Aliah kepada sahabat baiknya itu.

Allah rindu akan ratapan hambaNYa. Allah mencampakkan masalah pada hambaNya untuk mendengar rintihan rindu itu. Sejadah yang dibasahkan dengan rintihan air mata ikhlas dari sang hamba menjadi saksi Dia kembali pada Allah.Taubat,kerana hanyut dengan cinta manusia,Taubat kerana terlupa akan besarnya cintaNya."nikmat tahajjud..aku rasa seperti baru,"bisik hati kecil Auni sendiri."lupakan dia dan mulakan hari yang baru..untuk apa sedih muram hanya kerana dia.. Auni kau rugi besar sangat ni.sedih kerana satu perkara walhal ada seribu satu sebab untuk kau bergembira." sambungnya lagi sambil menghembus nafas untuk menjiwai ruh yang baharu.

"Allah..kitab ni tak usik lagi..sempat ke ni.."desis Auni. Aliah dan Anisah senyum melihat perubahan positif pada diri Auni. "Alhamdulillah"jelas mereka memanjatkan kesyukuran pada Allah pemberi segalanya.
"tok sah ghalit-ghalit dengan cinta sekarang ni ..tak sesuai.. jerit hati kecil Auni.."Kak Yana,saya pulangkan akak punya buku ni..saya tak habis baca pun tapi saya dapat rasakan semangat penulis ni pada diri saya." kata Auni pada Liyana yang baru keluar dari rumahnya.Sebelum ini,Liyana ada meminjamkan Auni buku motivasi sewaktu Auni dirundung kesedihan.


******
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Surah Ar-Rum (30:21)

"kertas apa ni,?" kata Ayuni sendirian.Asyik dia mengemas kitab-kitab Ghufran yang berada dikotak untuk disusun ke rak buku mereka."surat cinta rupanya.. kiranya ada peminat la sebelum ni"bisik hati kecilnya tanpa sebarang cemburu.Dia menganggap guruan bercinta sewaktu belajar."mas Ghufran,ada surat yuni jumpa disini.. surat cinta barangkali.. dari Auni..so sweet."Ayuni mengusik Ghufran yang sedang menyusun menyusun pinggan mangkuk ke dalam almari."surat" Ghufran terkejut sebentar."kaget ya?" usik Ayuni lagi. 
"eh..kamu jangan bimbang hanya kamu di hati ku Ayuni,akanku jelasin hal itu kemudian ya sayang"Ghufran khuatir isterinya akan marah padanya."mas biasala tu..zaman muda-muda ada peminat,yuni tak jeles pun.ceritalah siapa Auni ni.. Auni Ayuni.. Allah cantik juga nama ni kan mas" usik Ayuni lagi dengan nada ceria."Ayuni.. kamu cemburu iya?" Ghufran bertanya sebagai gurauan namun sebenarnya dia serius menunggu jawapan isterinya itu."jelous.. is not me. I 'll try love whatever you love..jika mas mahukan dia..yuni bersedia di madukan. yuni tak suka kalau mas tak terus terang,kalau boleh Ayuni nak tahu semua tentang mas..tak nak rahsia-rahsia" jelas Ayuni jujur.Ayuni cuba menghadiakan senyuman namun tiba-tiba sahaja hatinya terkesan dengan kata-katanya itu. 


يا من سرق قلبي مني
يا من غير لي حياتي
يا من احببته من كل قلبي
يا من قادني الى الخيال
Nizar Qabbani :uhibbuka
"mas Ghufran..ada sahabat ku dari Kedah nak datang kesini.Dia tiada saudara mara disini.boleh tak jika mas izinkan dia tinggal hanya seminggu dengan kita.seminggu je"rayu Ayuni pada suaminya."Mas boleh izinkan saja,anything for you ."jawab Ghufran."syukran ya mas" Ayuni terus mencapai telefonnya dan menjemput rakannya itu untuk kerumahnya."esok dia kata dia datang.. selepas seminggu ni dia akan terus pulang ke Kedah.datang pun sebab ada temuduga dan ziarah kita".jelas Ayuni sesudah menelefon rakannya itu.

Zahrah hadir dengan memandu kereta Myvi berwarna putih kerumah mereka,Zahrah merupakan teman rapat Ayuni sejak dari bangku sekolah hinggalah kini."lama Ayu tunggu..ingatkan tak jadi tadi..dah bekereta dia sekarang ni".ujar Ayuni pada Zahrah. "ha..ya la..Ayu bila nak pakai keta? takkan belajar tinggi-tingi dok kat umah ja" balas Zahrah. "mai masuk dulu rumah."ajak Ayuni sambil mengambil beg rakannya.
Ghufran tiada dirumah pada siang hari kerana bekerja.Ayuni pula duduk dirumah dan menguruskan rumah."hang ni dah lah kawin dengan orang tak kenai,pastu senang ja hang yakin dengan dia.mana tau dia da wife lain ka,Zahrah bukan pa..Zahrah sayang dekat Ayu..takut dipermainkan ja".Zahrah memulakan bicara petang mereka berdua. Lantas Ayuni tersenyum dan berkata"nikah ni bukan main-main tau Zahrah..bila dia setuju untuk menikahi Ayu,jadi dia sudah membuktikan dia jujur dan takkan mempermainkan Ayu..Ayu percaya sepenuhnya dengan takdir Allah.Allah hantar dia untuk jadi suami,mustahil dia nak bermain dengan jodoh.Ayu percaya dia.. jika suatu hari dia nak permainkan Ayu pun..Ayu terima..sebab Ayu dah pilih dia ..then Ayu perlu terima segalanya ." "Aihhh ..madah panjang Ayu..tal larat Zara nak denga." Balas Zahrah.
"Ghufran..Zara nak tanya ja..bukan pa..Zara sayang dengan Ayuni tu..kami membesar sama-sama.." Zahrah mencuri untuk bertanya Ghufran sewaktu Ayuni mengurus diri di bilik."silakan  Zara.. sahabat Ayuni sahabat Ghuf juga" Jawab Ghufran sambil menghidangkan air pada Zahrah di ruang tamu. "Ghufran tak kesian ka dekat Ayuni tu,buat kerja sorang-sorang,dok rumah sorang,tak dak kenderaan nak pi mana-mana.tak kesian ka? izinkan dia bekerja kan senang." pinta Zahrah.Ghufran kurang senang dengan perbualan itu."nanti Aku tanyakan sendiri pada isteriku .kenapa dia tidak bilang saja sendiri padaku ." Jawab Ghufran .

******
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” 
Ali Imran 3:54

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here