Friday, November 4, 2011

¤•.♥¸. •¤**¤•..Ya Rabb.. tabahkan hati hamba Mu yang lemah ini..♥ ¸..•¤*¤•.,♥.•¤**

•♥•~♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم •♥•~♥


Di tengah kesejukan subuh,ada yang masih mengalunkan Kalamullah,
di saat itu, aku teringat akan apa yang kau tempuhi sekarang..
ketahuilah,apa yang kau hadapi ini.. aku pernah melaluinya satu ketika dulu.
di saat burung -burung gagak itu membawa daging busuk ,diasaat batu dilontar.


Sebenarnya semua itu anugerah dari Allah untuk menguji hambanya yang beriman.
Ingatkah lagi kau akan kisah Ibrahim a.s,
alangkah bapanya juga tidak membenarkannya.
Ingin ku singkap lagi sejarah yang cantik diratib dalam al-Quran,
Ingatkah dikau lagi akan sirah Rasullah dan sahabat,
teguh menghadapi fitnah dan tomahan.
Terlintas dibenak aku ini akan sirah Nabi Allah Yusuf,diuji at
as kelebihan yang di anugerahkan Allah.


Aku tidak minta kau setabah mereka,
martabat mereka izzah dari kita,
cuma,kau hanya perlu berusaha untuk menjadi setabah mereka,agar kau tenang.


Saat kita terluka,gembira atau sedih,
keluarga tidak ada sepanjang hari dengan kita,
teman seakrab tidak 24jam bersama kita,
mereka juga tidak semestinya faham dengan apa yang kau lalui,
Hanya Allah sahaja bersama mu setiap helaan nafas,setiap degupan jantung setiap detik .
Hanya Allah memahami apa yang kita lalui.


Usah kau mengharap teman akan mendengar mu,
sesungguhnya dia tidak ditempatmu,
usah kau mengadu kepada keluarga,
sesungguhnya kadangkala pendapat mereka tidak memuaskan hati kecil mu itu,
Mengadulah kepada Yang Maha mendengar,
yang tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNYa.
Hanya Dia lah yang memahami hati dan perasaan dilubuk jiwa mu.
Hanya Dia yang menjadi teman engkau disaat suka dan duka.
Namun ketika suka,kita sering melupakanNya.


Tak salah untuk kau meluangkan sedikit masa Mu ,
menadah tangan mengadu meminta,
Innallaha ma'ana .
Yakinlah kau pada janji Allah.


انّ الله مع الصابرين

Kata ibnu A'tha':"sabar itu menahan ujian dengan baik adab."



 Marwa  ~   jaga iman ,jaga akhlak,jaga solat,istiqomah amalan,jadi solehah(insyaAllah) 
                        4.30am..bayt Fatonah  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back

get this widget here